Sepagi di Tasik Titiwangsa

Hari Isnin (2/1/2023) masih bercuti.  Pagi-pagi selepas subuh moh le kita berjogging sebab timbangan pun dah nak cecah 60kg semula.  Apa kes kan?  Kata misi "Road to 55kg".  Anak-anak malas sebab nak balas dendam tidur lepas subuh sebab esok nak sekolah.  Tapi ammi guna veto.  Tak ikut pandai-pandailah.  Tapi jangan masuk dapur cari sarapan.  Biar lapar.  Ahakssss....kejam?

Mula-mula ingat nak ke Tasik Permaisuri je tapi dah atas jalan kita tukarlah.  Kita pergi Tasik Titiwangsa je sebab kat situ boleh sewa basikal untuk anak-anak.


Kadar sewa basikal di Tasik Titiwangsa RM10 setiap basikal untuk 1 jam.  Murah je ammi rasa compared to kadar sewa di Laman Basikal Seremban.  Adik tempat sewa tu bagi additional 15 minutes.  Jadi total anak-anak boleh mengayuh untuk 1jam 15minit.  Alhamdulillah.  Puas anak-anak mengayuh.  Abah & Ammi pun gilir2 kayuh juga.

Abah & Ammi pilih untuk buat fastwalk dan light jog.  Ketaq juga lutut.



Pakai tayar 4 pun terhuyung-hayang hilang arah dak kecik ni.  


Tengah stop kejap sebab dibelah kiri track nampak ada "blackie" yang sedang berlatih.


Khilfi:  Kuda ni buat apa lari ke hulu ke hilir?
Abah:  Dia tengah berlatih.
Khilfi:  Seriuslah...sapa yang latih dia?
Abah:  Ehhhh kuda ni ada disiplin.  Coach dia tak payah suruh pun dia tau jadual dia.
(Pandai abah perli dia sebab suka culas si Khilfi ni bila buat workout...kena suruh baru bergerak).




Melampau betul eyebag ammi ni.  Kalaulah banyak duit lama dah gi buat treatment buang eyebag.  Huhuhu.


Cantik background... 2 bulan lagi kami bukan warga KL dah.  Mesti kita akan rindu scenery camni pepagi.


Cantik pulak bunga ni.


Ambil angin kat tepi jap.  Letih wei


Cantik langit tu.  


Bila Kyra yang pegang fon ammi.  Tinggi dan kurus nau rupa mak kamu ni.  


Langit yang sentiasa ada untuk kita.


Pancit ke bang?


Dah... tempoh untuk pulangkan basikal pun dah nak hampir.. Moh le kita ke tempat basikal tu.

Insyaallah...ada rezeki kami ke sini lagi.

Post a Comment

15 Comments

  1. waaa bestnya beraktiviti bersama keluarga kat sini, org pun x ramai sssgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. pg masih ramai yg tarik selimut lagi kot

      Delete
  2. Replies
    1. mana ada kurus...ammi ni rendah kak SK...jadi 60 tu banyak lebihan yg terjojol

      Delete
  3. Cantik awannya. Laa napa nak pindah ke. Lama tak pi Tasik titiwangsa. Last rasanya pi piknik tapi masa tu belum renovation lagi. Sekarang makin cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak...nak pindah balik somban tp keje tetap kat kl

      Delete
  4. tak payah treatment la ammi sapu2 olive oil je hehe
    best kan dapat keluar waktu pagi tapi tu lah pagi2 semuanya liat nak keluar rumah sedar2 matahari dah tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ke? ammi dok letak timun la, teabag la, eye cream la apa pun tak jalan

      Delete
  5. nampak masih awal betul lagi ni ammi matahari pun belum keluar, selalunya pukul 9 matahari dah terik kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah pagi sangat...sampai sini dlm pkl 8 gitu

      Delete
  6. kemaren pun wak sempat ke tasik titiwangsa nih., meriah kann ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..anak yg kecik dah aim tempat mandi tu sebenarnya. mujur takda baju spare

      Delete
  7. bestnya aktiviti sefamily... murah la sewa basikal kat sana, lagi luas lagi cun view...best best!

    ReplyDelete
  8. Pagi hari minggu memang sedap tidur. Hebat Ammi boleh lawan dan pergi bersenam

    ReplyDelete