Sepetang di Richiamo

Sebelum hantar Kyra balik ke asrama haritu sempatlah bawa dia minum petang dulu.  Yang beriya-iya ajak sebenarnya Khilfi.  "Abang rasa macam dah lama tak minum Cappucinolah ammi".. ehhhhh untunglah umur camni kenal cappucino cappuindia bagai.  Ammi dulu umur macam awak kenal teh o ngan kopi o je tau.  Teh dengan kopi pun tak ada uncang-uncang bagai.  Kena ambil serbuk rendam, tapis.  

Dapat pulak tetiba Arwah Aca cakap "girl, can you make chaiya".  Chaiya tu maksudnya teh susu dalam bahasa Malayalam.  Kena rebus serbuk teh, masak atas dapur dengan susu.  Ehhhh flashback pulak.  Nanti ada rezeki ammi nak share kat sini periuk buat "chaiya" arwah aca.  Masih ada lagi kat rumah arwah mama.  Haritu abah dah aim untuk masak maggi.  Ek ehhhhhh...arwah mama punyalah sayang nak buang periuk tu walaupun tangkainya dah tak semenggah.

Disebabkan Kyra tak pernah minum kopi di Richiamo makanya kita bawalah dia.  Dia bukan peminat kopi...dia suka coklat ataupun teh.  Yang gang kopi ni Khilfi.  Americano yang pahit tu pun dia telan gak.  Tekak orang tua sungguh dia ni.


Khilfi tu nak minum kopi kononnya.  Tapi sampai situ terus order spagethi.  Ek eh dia ni.  Bila kala nak kurus awak ni?  BMI dia sangat tak cantik (ammi guna kids to teen BMI calculator).


Konon-konon nanti kita share-share.  Tapi tau-tau dah selesai.
Dalam pada dia berfacemask ni ada juga yang menegur dia.  Kakak senior sekolah dia rupanya.  Kakak tu kerja part time di kedai ni.  Semoga Allah permudahkan urusan awak nak.


Tapak tangan ammi dan tapak tangan anak dara 14 tahun.  Tapak tangan besar-besar tu nak gi mana tu Kyra?  Cincin ammi memang tak muat langsung kat dia.


Drinks anak-anak...salah satu tu iced cappucino Khilfi.  Awak minum kopi murah-murah camni je sudah.  Takyah nak belajar minum kopi mahal starbuck tu bagai.  Kang duit habis ke situ je karang.


Chicken pie untuk Abah & Ammi.


Korean Mac & Cheese untuk Kyra


Kami.

Terlewat 10 minit hantar Kyra balik ke asrama.  Maaf jalan jam ahaksssss...jamlah sangatkan.

Post a Comment

22 Comments

  1. Agaknya anak2 Ammi ikut saiz ayah dia, kan. Eh, kita lama tak ke Richiamo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..besar macam abah, tinggi macam abah..apa yg macam ammi ntah?

      Delete
  2. Richiamo pun not bad jugak kan ammi. Pernah sekali makan kat situ.
    Anak² sekarang memang pandai je nak bagi idea makan kat mana, makan ape. 🤣.
    Ahnaff yg 6tahun tu dah pandai mintak starbucks uiii. Pitam mami ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..mujur anak ammi tak kenal starbucks lagi sebab ammi pun jarang ke situ

      Delete
  3. pernah try sekali je cappucino richiamo ni... so far kenalah dgn tekak ni...

    wahhh sukalah kakak ya sblm blk asrama dpt mkn sedap2 ;-)

    ReplyDelete
  4. Macam sedap je menu yang ada kat situ. Tak pernah lagi cuba makanan di Richiamo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi pergi pun sbb harga dia reasonable..takdelah pitam nak membayar

      Delete
  5. kita dh 2x mkn dkt Richiamo...tp air wajib order frappe sbb tk minum sgt kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. frappe ni air apa? ammi jarang order air lain selain coffee

      Delete
  6. seronok kakak dapat kupi-kupi dulu sebelum balik hostel

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan jelahkan...dah balik asrama kang rindu pulak

      Delete
  7. Untung budak sekarang macam-macam dapat rasa. Minta pada ibu bapa hendak makan/minum ini mudah dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...ammi dulu nak minta tu macam kena fikir sebab jawapan dia mesti macam... "kita pergi lain kali ye. kalau ada duit lebih kita makan"

      Delete
  8. Betul lah Ammi rezeki anak2 kita kan. Umoq 14 tahun merasa makan macam2 chicken chop lah pizza lah. Ibu kecik2 dlu time emak abah gaji ke dpt mkn sedap mewah sikit ammi nak tau ke apa?! Kepci! Hikhikhik tu pun dah habis hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah ibu...KFC tu kira macam perghhhhh terpaling mewah. Kadang-kadang dapat makan ayam goreng mak goreng sendiri kat rumah pun dah rasa best

      Delete
  9. teringin nak lepak kat Richiamo ni lama-lama...seronok tengok anak- anak happy macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi yg buat kita bahagia selain tgk anak happy

      Delete
  10. Richiamo ok lah, murah berbanding Starbucks or Coffee Bean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SB ngan CBTL tu mmg diluar kemampuan ammi lah..

      Delete
  11. pernah sekali lepak kat senawang punya..not bad foods dia

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..Rezeki merasa Richiamo ler anak anak.. Sy suka jugak ke sini..tapi selalu makan donut Oreo situ..sedap gilerr..time order tu, nanti dia panaskan balik donut tu..so jadi lagiii lembut lahh..Adeh, teringin pulak donut tu skrg .hahahaha.. Spaghetti not bad, pernah rasa jugak yg Bolognese punya... Kopi..Sy amek American je pernah try..jarang mengopi..amek air suam je .hahaa

    ReplyDelete