Harini ada Majlis Khatam Al-Quran di sekolah agama Khilfi. Murid tahun 6 yang terlibat dengan khatam ni ustazah minta bawa sepahar bunga telur seorang. Banyak tau kelebihan majlis khatam Quran ni.
Tengok je message kat Whatsapp tu ammi macam...alamakkkk kena gubah bunga pahar ke? Whatttt????
Hari Ahad lepas makan-makan kat rumah anak buah, gigih ammi mencari bunga telur murah-murah di area rumah. Malas nak ke tempat-tempat favourite barang-barang perkahwinan. Tapi murah-murah pun sebab beli ditempat yang tak banyak pilihan sekotak yang ada 50 cucuk bunga tu dalam RM25 jugak. Mahal ke murah? Kakak ipar ammi kata belas2 ringgit pun boleh dapat. Seriuslah? Takpelah... kita pakai 25 cucuk je...baki 25 cucuk lagi kita pakai untuk majlis khatam Ozil pulak nanti. Ahaksss...boleh gitu?
Ada mak pada kawan Khilfi kata "takyah letak telur pun takpa Ammi, letak sumi pun ok dah. Memang itulah yang budak-budak cari". Maka ammi pun letaklah sumi jugak.
9 Comments
Alaaaa...comelnyaaa...nak tau x SA nampak kat mana erk lupa plak...ada ibu2 buat bunga pahar ni complete 50 kuntum bunga kan..tapi letak kinder joy...bayangkan kinder joy tu berapa harga...gigih x gigih...kalau marhaen macam kita nak buat macma tu rasanya....ermmm...x tau la..yang ni okey..cute je guna sumi...
ReplyDeletecomel lak bentuk jelly sumi dalam sarung telur tu..
ReplyDeleteMerah menyala kau pilih ya nak. Tapi cantik juga. Menyerlah gitu
ReplyDeleteMenarik idea ni...
ReplyDeleteok la tu..bebudak kejar kan sumi tu je nanti
ReplyDeletelawo tu ammi, yg penting khifli yang pilih
ReplyDeleteMakaihhhh.. sepahar tu ustazah mintak, biasa sekolah anak minta 3 batang je tapi setiap murid lah yang nak bawa. Dalam letak gula2 atau sumi.
ReplyDeletecantik warnanya.. menyerlah...sumi jeli maniss...
ReplyDeleteCantik.. Pandai Khifli pilih warna bunga tu.. Anak Sha hari tu cikgu minta 5 kuntum je.. Jenuh jugalah mencari..
ReplyDelete