Ini kisah Jumaat lepas.  Hari Khamis tu ammi memang tak sihat melepek kat office.  Dalam lebih kurang pukul 4 petang waktu Malaysia boss call dari UK (lebih kurang pukul 7 pagi kat sana) dia tengok kat kamera sipi-sipi nampak ammi baik punya melepek kepala atas meja.  Dia call sebab risau kot-kot ammi pengsan ke apa.  Bila berjawab fon tu takdelah dia risau tapi "Your voice sound so bad.  Take a day off tomorrow", katanya.  

Pagi Jumaat, tetiba rasa macam nak cutikan jelah anak.  Khilfi pun tak sihat sebab sinus dia dah kembali.  Pagi tu awal kitorang gerak balik Seremban (walaupun tak sihat lagi) sebab ammi nak ke Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.  Guru Besar sekolah Ozil yang sekarang dah luluskan permohonan tukar sekolah.  Sampai di PPD katanya lepas cuti sekolah bermula baru boleh buat permohonan sebab tarikh kemasukan yang ammi letak tu tarikh untuk sessi sekolah 2023/2024.  Alahhhhhhaiiiii.  Baiklah...apa-apa jelah.  

Selesai di PPD, bawak Khilfi ke klinik dan memang sah sakit-sakit kat bahagian muka dia, kat gigi dia disebabkan sinus.  Doctor bagi ubat yang agak kuat sebab bila dah sakit tu maknanya dah ada keradangan.  Balik jelah rumah, makan ubat dan teruslah tidur sementara nak tunggu yang lelaki ni gi solat Jumaat.  Tengah-tengah tidur boleh pulak rasa nak gi urut sebab sakit-sakit badan, sakit kepala.  Ammi mintak Abah dropkan ammi kat tempat urut yang hampir dengan Masjid Negeri.  Cun-cun dorang habis solat Jumaat ammi pun selesai mengurut dan jomlah makan.


Urut kat tukang urut Siam...tapi tekak tetiba rasa nak makan makanan Korea sebab Mummy Ayu kata dia selalu suka makan kat sini.  Moh le try.


Lawa pulak deco dinding ni.. cantik ikan-ikan kayu ni.


Budak ni buat muka sebab dia nak makan nasi.  Yeeeee budak seketul ni memang selera dia nasi je uollsss... tekak kampung betul.

Ammi order ikut suka jelah sebab ini first time amm makan kat Korean Restaurant.  Tapi tanya gaklah kat adik yang ambil order tu ok ke tak pilihan ammi.


Ambil set for 2 untuk abah & ammi.


Ni setnya... dan untuk yang boleh dipilih, ammi pilih Soondubu Jigae (Seafood)


Honey Garlic Bulgogi Beef


Untuk sikecik yang nak makan nasi tu ammi pilih Jajangmyeon.  Ala-ala mee kicap gitu.



Si Khilfi nak makan set bibimbap.  Sudahnya rasa macam banyak pulak lauk.  Khilfi pun tak boleh nak habiskan set dia sebab dia rasa pening + mual.  Jadi mintak jelah waitress tu tapaukan.  Sayang pulak nak membazir.


Dalam masa seminggu ni kalau masih tak ok lagi sinusitis dia ni doctor suruh datang semula.  Doctor nak bagi referral letter untuk refer ke doctor ENT je.  Kesian rasanya tengok dia bersin setiap pagi.  Kerap sakit kepala sebab sinus ni.


Dia kata dia "oppatam".

Abah kata... lain kali nak makan makanan Korea gi makan sendiri jelah.  Tak kena dengan tekak katanya.

Balik rumah, moh le kita sambung tidur lagi.