Pada hari yang sama (15.2.2023) pun ada jamuan di kelas Ozil.  Memandangkan dia akan join dari pagi, jadi ammi bekalkan macaroni goreng je tapi complete package dengan rebus pastu lupa sampai berkerak periuk.



Terlebih kembang  dah makaroni sebab ammi lupa wei... sampai kering air dalam periuk.


Ha...nampak? Ammi solat maghrib siap dengan mengaji lagi.  Pastu ko bau hangit-hangit je dari dalam  bilik.  Mujur hidung tak tersumbat dan rumah sekangkang kera...kalau tak rentung terus.


Inilah kejadian...

Ozil:  Kawan-kawan Alip suka sangat.  Dorang kata macam kat restoran.
Ammi:  Habis tak?
Ozil:  Mestilah habis...Alip pun tak dapat makan.

Yelah ammi kamu letak paste prego Herb & Cheese memanglah rasa kedai.   Cuba ammi goreng pecah telur je macam biasa..agak-agak?



Juadah kelas Ozil.
Ha lagi banyak dari kelas Khilfi siap cikgu packing bagi budak-budak bawak balik.


Ammi perasan tiap kali bergambar Ozil memang suka ke depan.  Berbeza betul dengan Kyra & Khilfi yang lebih suka menyelit-nyelit je.  Dia mmg nak kedepan.  


Kawan baik dari tadika lagi.  Dia kata "..nanti alip mesti rindu dekat Azfar".  Insyaallah...ada rezeki boleh jumpa dimana-mana.  Ini zaman teknologi Alip...ammi yang membesar di zaman tanpa internet pun tau-tau jumpa balik dengan kawan-kawan sekolah rendah, sekolah tadika.


Ewahhhhh...macam tu duduknya.  Dah macam budak bujang pulak.


**********************




Ni gambar hari Jumaat.


Nampak...memang sentiasa nak duduk di depan.  Haihhhh perangai sapa ni nak?


Ahaksss..gambar ni paling tak boleh blah....duduk penuh perasaan.  Bestlah kiranya tu duduk gitu?

Ozil:  Alip nangis tadi kat sekolah.
Ammi:  Kenapa nangis?
Ozil:  Yelah..nanti alip tak jumpa kawan 2 Arif.  Alip nak pindah sekolah.  
Ammi:  Takpelah.  Kat sekolah baru tu nanti ada kawan juga.  
Ozil:  Kat sekolah baru boleh jadi pengawas ke?  Cikgu nak lantik Alip jadi pengawas.
Ammi:  Buat elok-elok kat sekolah baru, nanti cikgu kat sana bagi peluang.

Ozil stress je sebab cikgu dah panggil dia untuk jadi pengawas percubaan, sekali kenalah tolak sebab nak pindahkan.  Dia siap cakap... Alip duduk dengan ibulah (rumah pengasuh lama).  Hahhahaha..