Hari Rabu 15.02.2023, sekolah rendah anak-anak ammi buat jamuan akhir tahun @ perpisahan. Nak panggil akhir tahun macam tak sesuai.
Dapat je tau date tu Khilfi dah sedih dah sebab dia ada ujian PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus). Tapi ammi bagi tau dia, biasanya ujian tu habis dalam pukul 10.30. Settle je abah hantar ke sekolah. Barulah ada sirna dimuka. Risau juga dia tak fokus masa nak jawab periksa nanti. Yelah budak-budak "happy" tu lagi penting dari fikir masa depan.
Awal pagi dah gerak ke Pusat Ujian. Mujur juga dekat je sebab ammi memang pilih pusat yang dedekat. Ammi tak tau pulak kat Maktab Tentera DiRaja pun ada tempat ujian sebab masa ammi isi permohonan tempat ni tak masuk dalam senarai. Kalau tau lagi dekat....jalan kaki pun boleh.
Ujian PKSK di buat di Sekolah Menengah Sains Selangor dekat area-area Tasik Permaisuri.
Memandangkan dia akan join jamuan lambat, ammi cuma bekalkan jajan je untuk dia makan dengan kawan-kawan. Cikgu pun kata datang bawak perut pun ok sebab banyak makanan.
Kami ibu ayah kelas 6 Anugerah plan nak bagi hadiah pada guru kelas dan guru paling lama mengajar anak-anak. Khilfi tak sempat masuk dalam gambar sebab kejadian penyampaian hadiah mak-mak yang pergi tu buat dalam pukul 9 lebih.
Kelas Khilfi memang sikit je studentsnya. Ada 23 orang je sebab tak ramai yang nak join kelas DLP masa dorang darjah 1 dulu. Ada yang berpindah, ada yang tak sampai 2 bulan tarik diri.
Sir Iqbal. Cikgu yang paling lama mengajar anak-anak dari darjah 2 sampai darjah 6. Sir ajar subject sains. Sir jugak cikgu bilik komputer dan cikgu yang agak rapat juga dengan Khilfi sebab Khilfi pengawas bilik komputer.
Antara juadah kelas abang. Yang ni cikgu yang order.
Satay pun cikgu yang belanja.
Cikgu siap ambil gambar ni and send ke group. Nampak gambar Khilfi disitu. Sampai-sampai terus cari makanan sebab pagi tu dia sarapan sikit je. Abang tak lalu nak makan katanya. Mesti tengah berdebar-debar agaknya kan.
Gambar di betul-betul hari terakhir Jumaat. Jangan kata budak nangis, cikgu pun nangis sama.
Semoga anak-anak Anugerah terus bersahabat. Haluan dan aliran akan berbeza tapi ingatlah pada kawan-kawan yang memberi warna-warni dalam awal kehidupan abang.
Mak-mak pun dah sepakat yang grup mak-mak tak akan dibubarkan. Kitorang macam dah akrab sangat kot sebab 6 tahun anak di kelas yang sama. Pulak tu kelas anak kecik je bilangannya. Siap plan nak buat piknik lagi. Semoga rancangannya menjadilah.
7 Comments
Bagus jugakkan dah ada grup wsp ibubapa, boleh tong2 beli hadiah utk cikgu, dapat la beli hadiah berharga sikit.
ReplyDeletepaling sedih murid2 tahun 6 lah kan kak, nasib la habis cepat periksanya tu kan. MOga semuanya tetap bersahabat la... dan cemerlang semua
ReplyDeleteinsyaAllah panjang ukhwahnya hingga dewasa...dah besar nnt cari semula kawan2 semua ni..sebak plk rasa huhu
ReplyDeleteWwah..ada plan ngan grup ibu2 student...semoga success ye untuk mak2 semua...all the best jugak untuk Khilfi
ReplyDeletebagusnya sekolah tu, mak2 rapat dan parents pun rapat dgn cikgu. mesti rasa sayang nak tinggalkan sekolah.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan anak ammi. Meriah jamuannya. ;)
ReplyDeletesedihnya...kita yg baca pun tumpang sedih jugak
ReplyDelete