Kad Raya dari Istana

19 tahun ammi duduk dalam rumah ni.  Bila tiba masa nak pindah dah tentu berplastik-plastik sampah untuk dibuang rupanya.  Bukanlah sampah sangat pun cumanya macam dah tak ada fungsi dan benda-benda tu.  Tapi tetaplah sayang nak buang, semua nak simpan.  

Tengah-tengah mengemas ammi jumpa kad raya dari Sultan Brunei.  Ahhhh tipulah ammi Sultan Brunei bagi.  Eh betullah...apo nak tipu pulak?


Ammi: Abang tengok ni..ammi pernah dapat kad raya dari Sultan Brunei.
Abang: Sultan Brunei tu macam Agongkan Ammi?
Ammi: Ye..
Abang: Haaa?? Seriuslah?


Ha...tak cayo?  Yang Mulia tau dipanggil ammi...jangan yang tidak-tidak.

Sebenarnya bukanlah saja-saja Istana Negara Brunei ni hantar kad raya kat ammi.  Ingat bosa bona ko pangkat Ammi ni?  Ammi yang gatal tangan gi hantar kat raya kat Sultan Brunei...pastu dia (pembantu dialah) balas semula.  Tak kuasalah kan Sultan Brunei tu nak membalas sendirikan.  


Kuning DiRaja gitu.

Kad balasan tu ammi terima di pejabat sebab ammi letak alamat pejabat.  Masa dapat kad tu punya belagak ammi keliling satu office tunjuk ammi dapat kad raya dari Sultan Brunei.  Sampai kan ex-boss ammi pun teruja.  Siap tanya Sultan ada letak duit ke tak dalam tu?  Ahaksss...mata duitan ye.



Ini untuk raya tahun 1427H... sekarang dah 1444H dah uollss.  
17 tahun lamanya ammi simpan kad ni.

Saja je nak mempoyo.. maafkanlah kepoyoan ammi ini.

Post a Comment

12 Comments

  1. Uish..sedangkan dapat bergambar ngan artis pun SA dah bangga inikan pulak dapat kad raya dari Sultan Brunei...janji kita dapat...kan? frame kan la Ammi..at least elok terjaga...

    ReplyDelete
  2. Kita pernah dapat kad raya dari Tun M semasa beliau jadi PM4. Samalah cam cara Ammi, hantar kad raya pd Tun, cadangan dari cikgu kita, hehehe. Eh, tahun ni nak htr kad raya dekat Agong dan PM skrg la.. hahah

    ReplyDelete
  3. Kiriman kuning dari istana tu. Cantik lagi kad tu Ammi simpan walaupun dah 17 tahun.

    ReplyDelete
  4. Akak dulu time sekolah rajin hantar kad raya pada Agung, pada Sultan pada artis. Kadang dapat gambar mereka kadang hanya signature je. Tapi masa tu kalau dapat kad dari agung wah gegor asrama....tapi selepas dah bekerja dah lama tak buat kerja macam tu. Dulu dapat gambar Sultan Johor sekeluarga sebelum sultan sekarang. Dapat gambar Datuk Musa Hitam pun ada. Entah mana gambarnya. BIla ammi singkap nostalgia ni terkonang semasa dolu akak

    ReplyDelete
  5. eh eh..harus la simpan wat kenangan. bukan senang & bukan selalu nak dapat tu

    ReplyDelete
  6. Wah kene simpan elok2.. klau x frame masuk dalam album..hehe
    Zaman sekarang dah x pakai dah kad2 raya.. x seronok lak..
    bila dpt kad raya byk dr mailbox excited nk pi baca sape hantar..hehe

    ReplyDelete
  7. Eh, ini sultan sendiri yg balas ni....

    ReplyDelete
  8. wah dasat ko ammi hahaha.... kita sultan malaysia pun x tergerak nak hantar apatah lagi sultan luar negara hehehe... pape pun syiok tu dapat balasan juga kan :)

    ReplyDelete
  9. wah, tak terfikir pun nak hantar kad raya kat sultan brunei. tak sangka pulak pihak istana balas kad raya kan. hehe

    ReplyDelete
  10. Bukan semua orang ada ni tau ammi! Simpan sampai bila2 tau.

    ReplyDelete
  11. Waaahhhh.. serius lah... kena simpan tu ke anak cucu cicit miut..

    ReplyDelete