Ini kisah hujung minggu lepas. Malam sebelumnya dah beriya makan... pagi tu eloklah kita jogging. Buang barang sesudu dua lemak dalam badan. Ahaks...
Ke Taman Tasik Permaisuri je kalini. Malas nak jejauh sebab plan nak ke pasar pagi lepas habis jogging.
Ammi macam biasa buat fast walk je...fast walk pun berminit2 jugaklah nak habiskan 3.5km tu. Ater...kejap berhenti bagi kura-kura makan, kejap berhenti bagi ikan makan. arhhhh alasan je tu ammi ni..padahal memang jalan slow macam "kura-kura"... nak salahkan bagi kura-kura makan pulak.
Mak yang pancit... tu belum berlari. Baru lari sikit-sikit je dah keluar peluh jantan betina
Uiiiii budak baju grey ni malas nak lari ye. Dia jalan je sesama dengan ammi dengan alasan tumit dia sakit sebab jatuh masa main bola.
Kamu jangan macam-macam ye...ammi tak bagi makan malam nanti baru tau. Bila cakap camtu...dia pintas ammi jalan laju-laju sambil buat muka muncung. Ewahhhhh melawan ye?
Dumbbell Abah....
Lutut kuat lagi oklah nak angkat budak ni.... lutut out macam ammi dah turun tak bangun2 dah.
Cukup 20x angkat si kecik....terus si baju biru menggelupur cari angin.
Jadilah daripada tak ada langsung.
Tengok heart rate tu ada improvement. Kalau dulu sebelum ammi buat EFS...confirm dah mencanak-canak ni heart rate walaupun takat jalan je.
7 Comments
ok la ni....janji kuar peluh. aku lama stop dah ni sbb petang je hujan... alahai
ReplyDeleteJalan laju-laju pon dah bagus sebenarnya kan.. sedap badan keluar peluh
ReplyDeleteSelamat beriadah
ReplyDeleteAsalkan kuar peluh ammi...SA pun sama gak buat brisk walk je...
ReplyDeletetakpe biar lambat jalan perlahan janji jalan tu ammi oi, kadang jln sambil tengok2 ikan ke kura2 pun senaman tu heheheh
ReplyDeletewah, sampai 10k steps tak tu Ammi? Sekali-sekala keluar beriadah dgn keluarga seronok jugak tak terasa sangat penatnya.
ReplyDelete3km byk jalan dah tu.. Aini ni ntah bila la nk start exercise..haha
ReplyDelete