Alhamdulillah...

Di pagi Jumaat  yang hening, kami dapat perkhabaran gembira.  Semakan untuk ke sekolah khusus telah dibuka jam 12 malam tadi..tapi pagi baru ammi tahu.  Sebab ingatkan macam biasa buka pukul 8 pagi.

Dalam MRT on the way ke office, dengan lafaz Bismillah ammi click pada link masukkan nombor I/C dan Allahuakbar... nampaknya kekecawaan tak dapat tawaran ke MRSM Ulul Albab diganti dengan tawaran ke SBP.  Menggigil ammi, terus bergenang-genang airmata dan ehhh dia tak genang je...dia menitik terus.  Bila kita lap airmata terus ada sis Chinese sebelah ammi tanya "are you okay?"...  



Alhamdulillah Khilfi dapat ke sekolah pilihan pertama dia.  Jadi sekolah legacy keluargalah nampak gayanya.

Pagi tadi disebabkan harini hari orientasi sekolah untuk tingkatan 1, maka dia pergi juga.  Abah terus ke pejabat dan tanya status dia dan cikgu kata, "oh pelajar boleh pulang, tak perlu hadir orientasi, tak perlu hadir ke sekolah minggu depan.  terus sahaja hadir ke sekolah berasrama pada hari pendaftaran".


Susah payah malam tadi tengok youtube cara pakai tie..selalu tie zupzap dengan velcro je..kali ni kena ikat sendiri...

Tadi ammi berwhatsapp dengan dia dan dia agak contemplating.  


Balik nanti kita bincang elok-eloklah ye.  Semoga dia buat keputusan yang betul untuk diri dia.

Beritanya baik Alhamdulillah...yang tak gembira adalah duit dalam bank.  Ya Allah Ya Razzaq, percukupkanlah apa yang kami ada.