Jumaat 24.02.2023 kami bermusafir.

Pagi dimulakan dengan sesi melawat bank dulu, tukar segala alamat bagi bank yang memang ko kena hadir sendiri ke bank.  Rimas betul.  Pastu ada satu bank tu beriya nak alamat office untuk update dalam sistem.  Bila ammi tanya apa relevannya alamat office dia kata itu requirement.  Maknanya kalau saya ni surirumah saya tak boleh buka akaun dengan bank ni ke macam mana?  Terus dia kata, kalau Puan tak nak update alamat pejabat takpe.  Kami proceed tukar alamat rumah.  

Settle semua marilah mencari sarapan pagi sebab ammi memang bekalkan makanan sarapan ringan dalam kereta sementara ammi nak settlekan masalah bank ni.

Dah alang-alang di kawasan Melawati ni ammi pun teringat Puan Hazel ada sebut tentang kedai Mee Rebus di area Jalan Negara, Melawati.  Ammi terus cari dan jumpa. 


Dah jumpa kedai Mail Mee Rebus Penang ni...tapi hampa.  Dia tutup daaaaaa


Tutup setiap Jumaat.  Tak ada rezeki disitu.  Tak apalah.


Memandangkan tempat ni macam foodcourt pusing-pusing dan tengok kedai ni paling ramai orang.  Ramai yang order roti canai.  Oklah...kita pun trylah roti canai dia.


Ini roti kosong Ozil, roti telur, roti sardin semua kitorang order.  Terasa seperti buruk lantak disitu.


Kita ambil kari kambing juga.  Sedap.


Ini mem tak berapa nak besar punya.  Martabak daging.  Sedap.

Selesai makan pun gang musafir dari Seremban belum sampai.  In fact belum gerak pun dari Seremban sebab ada sedikit aral.  Makanya kami jelah teruskan perjalanan dulu.  Kita jumpa je di destinasi nanti.


Disebabkan geng konvoi yang sepatutnya masih on the way makanya Abah berhenti solat Jumaat.  Berhenti kat Masjid Kampung Salang area Kuala Lipis.  Ammi nanti buat jamak je bila dah sampai di destinasi.


Pemandangan sepanjang perjalanan.  Cantik sungguh.


Perjalanan kali ni lebih lama dari yang sebelumnya sebab banyak juga tempat yang ada masalah traffic.  Bergerak cumanya sangat perlahan.


Cantik.


Dan akhirnya sekitar jam 4 lebih, sampailah kami ke tanah jajahan Gua Musang.  Ada masjid buluh disini tapi kami tak singgah pun.  Insyaallah...lain kali ada lagi.

Muse Ecopark.  

Muse ni jangan dibaca macam nama band omputih tu.  Mu baca ikut cara ore kelate sebutlah deh.