Ammi mula buat preparation barang asrama Khilfi hari Ahad 19.3.2023.  Hari Jumaat dapat berita gembira, hari Sabtu dan Ahad tu kita mula mencari sebab hari kerja memang payahlah nak bergerak mencari.  Balik rumah pun dah malam... tak kuasa nak keluar mencari lagi.

Khilfi ni size dia tak standard.  Seluar especially kena cari yang besar sikit dan bila dah besar confirmlah panjang.  Jadi kena hantar alter bagai.  Nak cari kasut kulit lagi.  Kasut sekolah biasa ammi dah beli awal sebab patutnya dia kena mendaftar Tingkatan 1 di sekolah harian pada 17.03.2023.  Pagi tu dapat keputusan pergi sekolah, cikgu suruh balik je.  

Kat SBP tak pakai pun kasut sekolah biasa.  Memang berkasut kulit setiap hari.  Ala-ala orang keja ofis gitu.  Tapi ammi bekalkan juga kasut sekolah yang dah dibeli tu...manalah tau kasut sportnya basah ke, adalah spare.  Dah belikan...sapa pulak nak pakai.  Kyra memang tak muatlah.  Nak bagi Ozil lagilah.

Belajar dari pengalaman masa Kyra dulu...kalini ammi lebih chill dalam mengemas.  Takdelah segala mak nenek dalam almari di rumah nak dipunggah masuk bag.  Kyra pun dah bagi dia tips pemakaian baju tidur, baju prep.  Kyra kata "abang jangan buat macam kat rumah, pakai baju bukak masuk bakul.  Memang satu almari baju pun tak cukup nanti".


Ini je barang Khilfi.  Box biru belakang tu sangat best uollsss..beli kat DIY.  Ammi letak dia punya hangers, first aid box, box spenda socks dia, box kecil untuk gel, bedak dia.  

Ammi suruh dia senaraikan apa yang dia rasa perlu bila dah duduk di asrama nanti.  Buat masa ni ammi rasa apa yang ammi bekalkan tu dah cukup.  Tapi manalah tau bila dah duduk baru dia rasa dia perlukan itu, perlu ini...  Yang penting, nasal spray dia, ubat resdung dia memang ammi spare.  Nasal spray baru yang doctor recommend beli bapaklah mahal...RM78 hengget.  Jangan dia tercicirkan sudah.  

Asrama ada sediakan 40 buah mesin basuh yang boleh digunakan ikut jadual.  Jadual dia macam mana ammi pun taktau.  Nanti pandailah dia untuk ambik tau kalau rasa nak mudahkan hidup sendiri.  Ada khidmat dobi juga yang juga mengikut jadual.  Harap-harap baju yang ammi bekalkan tu cukuplah.  Payah sangat kasi basuh pakai tangan je senang.