Assalamualaikum semua...

Seminggu juga ammi hilang dari radar sebab hari Jumaat boss suruh cuti siapkan pack barang.  Hari Isnin memang ammi apply cuti sebab nak siapkan mengemas.

Minggu lepas alkisahnya abah dah mintak izin untuk pinjam lori dari boss lama office abah untuk pindah barang hari Sabtu.  Tup-tup lori tu dapat panggilan untuk inspection Puspakom pulak.  Bossnya gantikan dengan van yang besar.  Tapi mana nak cukup van walaupun besar... so kami pun sewa jelah lori 5 tan je beserta 3 orang pekerja.

Operasi pindah mula dalam pukul 9 pagi jugaklah...abang driver van sampai dulu dengan anak bujangnya.  Maka dia angkut masuk barang yang boleh dimasuk dalam van dia.  Banyak jugaklah.  Meja makan dengan moto abah pun masuk dalam van.  Boleh bayang tak betapa besarnya van tu.  Abang tu dah siap load barang semua pun lori tak sampai lagi padahal janji jam 10 pagi.  Apa punya hal la ko ni kan.  Maka Khilfi la ikut abang van tu balik ke Seremban dulu.  Ammi bagi kunci pada Khilfi dan kat Seremban nanti abang ipar ammi tolong kawtimkan.  Ammi tak risaukan bagi Khilfi naik dengan abang tu sebab abang tu memang berkawan dengan abah dan dah 17 tahun kerja kat office tu.  Dari anak dia 6 tahun...sekarang ni anak dia dah besar dah.

Dah sampai lorinya hanya 2 orang pekerja je yang sampai.  Sorang lagi ehhh tetiba pulak MC.  So, apa ko kira aku mau bayar harga 850 macam yang dijanjikan?  Dah kurang sorang manpowerkan?  Dah angkut ke depan pastu kata almari bilik tidur ammi besar, tak boleh masuk dalam lift, kena bukak.  Ada charge buka RM80lah.  Abah kata kalau bukak pecah almari ni sapa nak ganti?  Abah suruh dia sengetkan almari tu ehhhh boleh je.  Banyaklah ko punya hal.


Boleh tak hanya ada gambar ni je dalam phone ammi.  Ini gambar sehari sebelum pindah. Tak cukup kotak baju-baju dan periuk belanga kita masuk plastik sampah ni jelah.  Alhamdulillah..selamat semuanya.

So, hari Sabtu lebih kurang pukul 3.30 petang baru kami sampai Seremban.  Unload barang semua, mintak dia letak barang ditempat yang sepatutnya pastu jammmmmm.  Payah weiiii sebab ammi masuk ke dalam rumah yang memang ada isi.  Kalau masuk dalam rumah yang kosong macam oklah kot.  Tapi apa pun bersyukur semua dah selamat dikemas.  Mana yang patut diagihkan sesama adik-beradik dah diagihkan.  Kalau tak tu pening juga pikir mana nak parking katil extra, tilam extra, mangkuk periuk extra.

Bilik Kyra Alhamdulillah, dia pandai uruskan sendiri.  Mana nak letak almari, katil, dressing table.  Dia sebut abah tolong alihkan. Baju semua dia susun sendiri without supervision.  Bilik bujang ni aalahaiiiii.  Kalau ammi sebut susun buku memang dia susun buku je.  Lepas susun kotak kat situ, plastik kat situ.  Dah ammi juga yang kena bertapa dalam bilik dorang.

Hari ni hari Rabu, abah dan anak-anak naik KL untuk  basuh rumah sebelum handover kunci.  Lepas tu silalah datang office ammi ni kita belanja dorang mandi swimming pool.