Setiap hari bermula hari Isnin ammi ternanti-nanti bila cikgu nak letak gambar anak-anak dalam group telegram.  Khilfi macam biasa dia sejenis yang tak suka bergambar dan seboleh-boleh nak mengelak dari bergambar kecuali kalau candid.  

Daripada berpuluh gambar kadang-kadang satu je yang nampak muka dia.  Itu pun sipi-sipi.  Hailah anak...kamu tau tak ammi kamu ni dah gila bayang rindukan kamu?

Korang janganlah muntah pulak ammi asyiklah bercerita tentang Khilfi... inilah syndrome mak-mak yang rindukan anak di asrama pastu bila dia call banyak benda nak ditanyakan tapi masa tak mengizinkan.  


Gambar hari pertama di dewan makan.  Abah & Ammi beriya tengok satu persatu gambar.  Ammi siap cakap kat abah...aim baju warna turqoise dengan coklat je.  Sebab itu 2 je baju melayu yang ammi bekalkan.

Alhamdulillah...gambar terakhir baru nampak bayang anak.


Dia dan tie yang ntah bila boleh expert nak pakai.  Sila jangan hilangkan tie clip tu semua ye anak.



Ini gambar 1st day juga.  Gambar dengan abang senior yang brief junior tentang asrama kot.


Gambar tarawih...


Ammi tengok taklimat after taklimat...ammi pulak yang rasa penat.


Kepala sudah cukup...ammi kenal itu kepala kamu.


Bila dapat gambar ni... pastu tengok balik gambar atas... ha seeeee...betul itu memang kepala anak saya.


Budak yang pakai tag kuning ni dari haritu kelakar orangnya.  Mesti dia jadi penyeri dalam dorm.

Yeayyyy.... harini lepas solat Jumaat kamu boleh balik.  See you soon son!