Hari ini Khamis bersamaan 29 Ramadhan. Ammi masih bertugas seperti biasa. Di penghujung Ramadhan tiba-tiba banyak pulak brief baru yang masuk. Alhamdulillah.
Happy sebab banyak brief bermaksud insyaallah di penghujung tahun banyak sikit kepuk dalam bank...tapi yang geramnya payah pulak nak cuti extra sebelum dan selepas raya. Apa nak buat kami berdua je di office.
Ini cerita buka puasa yang tertangguh. Dah dua minggu sebenarnya nak buka puasa dengan adik-beradik ammi yang hanya 3 orang ni, tapi keadaan yang lain tak mengizinkan. Tapi minggu lepas akhirnya dapat juga bersama walaupun tak semua yang ada. Anak-anak along semua tiga orang tu tak ada sebab 2 orang bekerja, yang bongsu di asrama. Khilfi pun di asrama. Takpelah...apa yang ada je.
Kami buat konsep potluck dan semua kumpul rumah ammi. Rumah ammi ni memang tempat kumpul adik-beradik sebab mungkin dulu arwah mama duduk sini...jadi dorang rasa lebih selesa kot.
Crab stick sandwich by Kyra...
Abah gatal tangan terbeli roti... bulan puasa sapa je yang nak makan roti. Bila dah berbuka masing-masing tak hadap dah nak mengonyeh sudahnya ammi suruh je Kyra buat apa-apa yang patut dengan roti tu supaya tak membazir. Ehhhhh dah jadi camni laju pulak habisnya.
Bahagian potluck ammi cuma masak nasi, goreng sayur dan air. Tuan rumahlah katakan...
So ini sayur versi tak pedas.
Ini pulak versi pedas...bendi goreng belacan pedas melampau.
Adik ipar ammi buat ikan rebus bakar dan air asam...ada kuih muih juga. Rajin betul.
Along ammi buat lemak cili api ayam & buah oren.
Ammi tambahlah sup meatball ni. Kesian pulak Arjuna takde lauk berkuah nanti...
Tapai ni pun adik ipar buat jugak. Ehhhh apsal pandai buat macam-macam ni?
Ini jelah lauk pauk yang ada...Alhamdulillah.
18 tahun ++ sudah usia pinggan makan tu. Pink uollllss. Ini semua hadiah kahwin dari office lama ammi. Semua ni angkara arwah kawan baik ammi...dia yang suggest beli semua pink termasuk blender sebab dia je tau ammi anti dengan warna pink. Lama juga ammi peram pinggan-pinggan ni sebab tak lalu betul nak guna. Bila dah tua baru ada rasa nak guna warna pink.
Tiap kali guna pinggan ni mesti terbayang muka arwah...
Al-Fatihah buat sahabat baikku Julianawati binti Johar Ariffin (Jamaliah).
12 Comments
hahahhaa betul la kan bulan puasa mmg xde sape nak makan roti sangat... kat rumah ni pun sekali je makan roti.. sudah nya terpaksa let go roti dah jadi keras berkulat je
ReplyDeleteSeronok berkumpul beramai-ramai
ReplyDeletealhamdulillah..seronok dpt berbuka ramai2 kan...
ReplyDeleteselamat hari raya beb, maaf zahir batin. jom gather2 bila free nanti..
Best buka ramai-ramai...seronokkk...Selamat Hari Raya untuk Ammi Sekeluarga...
ReplyDeletekan bulan puasa roti kurang laku samalah kat rumah Mrs.A setengah buku roti samapi berkulat hijau jadinya. Style potluck memang sangat disyorkan
ReplyDeleteSedapnyaa sup meatball
ReplyDeleterare tu menu crabstick sandwich
ReplyDeletehahaha nakal betul, nasib lah pink dekat corak bunga je bukan satu pinggan warna pink. Meriah betul menu walaupun masak simple2 je. Selamat Hari Raya akak :)
ReplyDeletemeriah lauk-pauk bila buat potluck kan? selamat hari raya ammi & keluarga
ReplyDeletebestkan dpt berbuka dengan family ramai2 gini...
ReplyDeleteSeronok kan kumpul ramai-ramai. Saya kalau balik kg memang selalu buat potluck dengan adik beradik yang free balik kg. Tak semua tapi tetap meriah satu meja. Al fatihah buat sahabat ammi
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri Maaf zahir batin, wah meriah majlis potluck berbuka, berbagai juadah ada, eh nape pandai buat tapai kan hehe..
ReplyDelete