Anak bulu nan sekor

Si budak berwarna oren ni...walaupun dia jantan tapi dia lebih manja berbanding kakaknya.  Kakaknya pantang pintu terbuka dia laju je lari keluar.  Yang dia ni pintu terbuka, dia nak keluar tapi dia tengok dulu muka kita.  Agaknya dia mintak izinlah kot..."boleh tak kalau kita nak keluar ikut kakak".. ahaksss.

Pastu bila kakaknya kat luar, dia kat dalam mulalah dia gelisah tunggu kat tepi pintu.  Yang ammi perasan lepas kakaknya balik je dia cium2 pastu dia tampar muka kakaknya.  Mesti dia cakap "ko gi mana ha kakak?, kan ammi dah pesan jangan menggatal kat luar."


Port lepak dia kat depan pintu bilik.  Dia akan sendal pintu dengan kaki dia biar pintu tu terbukak sikit.  Mesti nak rasa aircond agaknya.


Kalau tak pun dia menyorok belakang baju sekolah anak-anak yang dah iron.  Nyorok je...kamu tarik2 baju tu siap kamu.


Kalau abah tengah mengaji, memang itulah port dia duduk.  Biadap ye kamu duduk atas kat kepala abah pastu kaki parking atas bahu abah.

Semalam Ozil kata nak tukar nama dia Ali.  Sebab bila panggil nama dia "Garfield"...pandang pun taknak.  Bila Ozil sesaja panggil Ali ehhhh dia toleh ok.  3-4 kali gak gitu.  Emang kamu mau ditukar namanya ya?

Post a Comment

7 Comments

  1. oyen bagusnya kamu tak nak keluar rumah..yg dekat rumah ni pantang dengar orang buka pintu laju je lari

    ReplyDelete
  2. Alah! Alah! Alah! Geram tengoknya. Hishhh! Selamat berpuasa Ammi. ;)

    ReplyDelete
  3. akak dah neuterkan dia ke belum kak? macam kucing rumah dana memang dia suka letak kaki atas bahu atoknya gitu.... tidur atas sofa memang wajib

    ReplyDelete
  4. chomels... anak2 masuk asrama, anak bulus pun boleh la yer

    ReplyDelete
  5. kucing melayu la ammi..oyen bukan kucing omputeh..Ali lagi besh...

    ReplyDelete
  6. Oyen sentiasa disukai ramai...selain comel ia memang manja....

    ReplyDelete