Asal weekend je ada budak kecik yang berpuasa ni teringin nak makan fries masa moreh.  Bila kata ammi goreng je fries sendiri...ehhhh demand ok.  Taknak.  Dia nak fries kat McDonald.

McDonald kat sebelah sekolah Ozil ni tak boleh lambat lewat sangat pergi.  Memang beratur panjanglah tak kiralah kat drive thru ke dine in ke.  Memang lepas terawih kena makan McDonald ke apa?


Datang jejauh (ahakssss jauh le sangat 10 minit dari rumah tu kan).. semata-mata nak makan fries.  Apo?  Mujur awak rajin puasa dan tak pernah minta untuk berbuka...kalau sesaja mintak ampun la ye.

Setakat harini baru sekali je dia berbuka itupun sebab cuaca kat Seremban super panas waktu siang.  Dia balik sekolah dah melepek terus, dan abah suruh je dia buka puasa.  Risau pulak sebab melepek yang nak bukak mata pun dah tak boleh.  


Yang si sulung ni jangan offer atau bagi peluang dia makan dessert.  Memang tak pernah tolak.


Yang nombor 2 ni lah selalunya paling win sekali.  Masa buka dia yang makan paling banyak, pastu boleh pulak masa moreh order set Beef Foldover.  Bawak bertenang ye budak asrama.

Ammi makan apa?  Ammi order iced latte je tapi hmmmmmmm saya tak suka rasa latte McD ni.  

Minggu berikutnya, adik ipar ammi datang berbuka dan sahur kat rumah.  Lepas Isyak dia ajak mengopi dan sekali lagi bila tanya kat si paling bongsu memang dia pilih fries dan kali ni ada extra nak ayam goreng sekali.  Eh awak ni.  Pegi ke KFC tinggal ayam yang spicy je.  Sudahnya ke McDonaldlah lagi.

Kita beli kopi dia Coffee Bean pastu makan kat McD yang hanya disebelah dia.  Boleh?  Boleh aja...bukan duduk sesaja.  Kita beli kat tempat awak juga.


Beli 3 jenis kopi di CBTL dapat a slice of cake for free... rasanya siapa yang auto offer diri untuk pilih kek?  Confirmlah makcik lesung tu.


Ammi order latte di CBTL...haaaa barulah sedap rasanya.  

Weekend ni harap-harap dia tak mintak fries lagi.