Akhirnya ada juga cikgu letak gambar Khilfi dan abang angkatnya di hostel.  Masa hari pendaftaran haritu tak sempat ammi nak bergambar dengan dia sebab sibuk urus itu ini, berlari sana sini..sudahnya abang ni pun hilang entah ke mana.

Inilah abang angkat yang akan jaga dia sepanjang 2 tahun ni.  Masuk Form 3...pandai-pandailah jaga diri sendiri ye Khilfi.

Abang ni akan datang pantau locker dia, kekemasan katil dia, akan ajar dia macam-macamlah perkara-perkara yang boleh dan tak boleh di asrama.  


Dormnya bercampur merah dan biru.  Patutnya dorang duduk dorm ikut warna rumah sukan...tapi dah dormnya full maka bercampurlah.  Masa pilih katil tu pun elok je berselang-seli pilih.  


Jagakan anak Ammi ye abang Afiq...nanti Ammi belanja awak. Ooppsss...ini bukan rasuah...ini sekadar menghargai.  Orang berbudi kita berbahasa.  Semoga anak-anak kita terus cemerlang dunia dan akhirat.

Ammi rasa macam nak tukar je baju batik Khilfi dengan abang dia ni...baju Khilfi cikgu bagi size L dan nampak gelobohlah sikit sebab dia kan kemetot.  Baju ni pakai hari Khamis minggu ke-3 je.