Ini kisah hari Sabtu lepas.

Pagi tu kami ke Nilai hantar Poppy untuk dimandulkan.  Cuaca agak panas.  Balik dari klinik veterinar tu, ehhhh anak-anak (Khilfi dan Ozil) taknak balik terus pulak.  Masing-masing nak ke rumah Along ammi.  Nak main game la tu.  Lantak le.  

Oh ye sepanjang bulan Ramadhan ni Khilfi dibenarkan untuk pulang bermalam di rumah setiap minggu dan memang dia pilih untuk baliklah.  So, jadi kerjalah abahnya jemput setiap Jumaat dan hantar balik setiap Ahad.  Kita kasi canlah ye dekat dia...lepas ni tak dapek do nak balik tiap minggu.  Tapi minggu ni ammi cakap tak perlu balik sebab Selasa depan dah cuti dah... kalau balik jugak buek habis duit minyak ngan toll je.  

Petang sikit along hantar anak-anak ammi sebab along nak keluar mencari barang keperluan anak bongsunya yang dapat tawaran untuk intake ke-2 ke KV.  Maka dengan rasa tak seronoknya anak-anak ni pun baliklah dan ehhhh tau-tau tertido di sofa.  

Tadi masa main game tak kenal langsung erti penat, mengantuk bagai....sampai je rumah baru tau ngantuk ye?


Terlangkup terus.


Kejap tu ammi tengok eh dia boleh pulak terduduk gini.  Bila kala dia bangun agaknya?


Kalau dah penat sangat ginilah kan...tidur duduk, tidur berdiri pun boleh.  

Ammi pernah "tertidur" berdiri dalam komuter.  Naik komuter tau jelahkan dia punya slow camna.  Kena berdiri pulak tu...mata dah level tak boleh nak tahan dah...sudahnya berpaut je pada tiang dan tau-tau dah tidur.  Tersedar pun sebab tersengguk kuat.. mujur leher ni kuat...