Kali ni kita bagi Poppy pulak enterframe kat blog ni ye.
Sabtu lepas, selepas beberapa kali bertangguh akhirnya kami bawa juga kucing yang seekor lagi ni pergi vaksin pertama kali. Yang ni kucing betina dan memang adik beradik dengan Garfield. Memula ingat lain-lain mak sebab sekor hitam sekor oren..tp semakin anak dara si Poppy ni baru nampak ada kemunculan bulu-bulu oren kat badan dia.
Seibu, sebapa, seperut tapi sekor oren sekor hitam. Sekor gemuk sekor alahai keding. Patutnya awal bulan 3 haritu dah divaksin sekali dengan si Garfield adiknya..tp dia ni gedik sikit. Suka hilang-hilang dari rumah...kesudahannya lambatlah gi vaksin.
Lawa pulak mata dia...macam pakai celak & eyeliner.
Ozil cakap "Allah dengar doa Alip, sebab tu Alip dapat bela kucing-kucing ni".
Yelah nak...kalau Ucu awak boleh bawak kucing-kucing ni lepas pindah rumah baru...takde maknanya dapat bela-bela kucing ni. Terima kasihlah kat Ucu tu.
Berat si Poppy ni pada 1.4.2023 baru 2.7kg. Insyaallah....hari Sabtu depan ammi dah book untuk mandulkan dia. Risau ammi dia ni beranak pinak nanti...sapa nak jaga ooiiii. Makanan dorang ni bukannya murah.
Kalau si Garfield port kegemarannya depan pintu bilik ammi...si Poppy port dia dalam stadium BayBlade anak-anak. Dia tak kira...kalau dia nak landing, budak-budak tengah golekkan bayblade pun dia terjah je stadium tu.
Semoga selepas dimandulkan nanti awak tak menggelintin nak keluar rumah tiap kali pintu dibuka ye. Lepas ni kalau picit ammi kuat sikit...jangan nak picit2 manja je. Faham?
9 Comments
ala ala..comeinya dia...
ReplyDeleteLaa...Gafield dah mandul.yer..
ReplyDeleteKalau tak boleh berbesan dengan Wak WP yang ramai majikan tu🤭
Comelnya Poppy 😍 Nanti dah mandul, Poppy akan bertambah gebu dan mungkin tak suka keluar rumah lagi hehe.
ReplyDeletesebiji kucing kat rumah ni... x tau la kucing sape.. ska betul dia curi2 masuk rumah org hahaha
ReplyDeletekat rumah kita ni, pelbagai jenis kucing ada.. tp x tau la sape punya... yg geram tu, suka benor kucing2 tu berak kat halaman rumah... pengsan bau taik kucing sokmo hahaha
ReplyDeleteDia punya tidur posing sakan. hehehehe
ReplyDeleteBiasa tu ammi kadang emak oren, bapak oren tapi anaknya ada macam-macam warna. Cantik mata si poppy ni bulat gitu, mandulkan je lagi bagus, supaya dia dapat dielak kena penyakit, dan dia takkan bunyi bising bila rasa nak mengawan.
ReplyDeletesalam kenal poppy hehe
ReplyDeleteA'ahlah cantik matanya tu. Kucing memang begitu, asal boleh je mana nak landing.
ReplyDelete