Sekarang ni semenjak ammi berpindah ke Seremban, boss kata kalau tak ada apa-apa setiap Jumaat ammi boleh bekerja dari rumah.  Yareeebaaaa... makanya begitulah setakat ini.  Setiap Jumaat ammi bersantai-santai berdating sarapan pagi dengan Abahnya sambil acah-acah on laptop.

Kebetulan Jumaat tu 12.05.2023 ada jamuan hari raya di sekolah Kyra jadi adalah makanan berat sikit yang sempat ammi siapkan untuk dibawa.  Sekolah Alip haritu, jamuannya hari Rabu maka cecepat ammi letak Alip bawa air kotak untuk bahagian potluck dia.  Ahaksss.  


Kita tumis-tumis dulu sesudah subuh.  Budak tingkatan 3 takkan tak makan pedas.  Pastu ammi ni dengan bijaknya tanya Kyra soalan ni.. 

Ammi:  Kakak kelas kakak ada budak India tak? 
Kyra:  Ammiiiii, kakak kelas aliran agama ammi.  Mana ada budak India.

Ahaksssss...nampak tak ammi terlupa bawak keluar pandai tu.

Motif tanya tu sebab kononnya nak letak daging lembu dalam masakan, kesudahannya walaupun tak ada budak India tetap ammi letak ayam je.  


Dan ini jelah menu potluck dari ammi.  Nasi impit goreng potong cube kekecik je.


Bangga beliau dapat pakai dress itu.  Dress ni sebenarnya kawan ammi bagi.  Kawan ammi ni tercari-cari dekat siapa dia nak bagi dress-dress dia sebab kebanyakan dari kami semua "renek-renek" belaka.  Kawan tu teringatkan Kyra, terus dia tanya berapa tinggi Kyra..bila ammi cakap lebih kurang 165cm terus dia cakap...akak ada dress nak bagi dia.  Nanti akak lalamovekan.  Rezeki dialah ada aunty yang tinggi lebih kurang dia.  

Settle memasak semua, ammi siap lelaju pastu gedik ajak abah hantar anak ke sekolah naik kereta pastu sarapan kat luar.  Padahal boleh je nak makan nasi impit goreng kat rumah.  Dah nama pun gedik...memang takleh cakap apa la.

 

Kari kambing


Capati kita order 2 terus.  

Balik sarapan buka laptop tengok ada apa-apa kerja atau tidak...pastu melunjur jelah kaki tu menunggu anak-anak balik sekolah.  Harini cuti masak sebab lepas solat Jumaat anak buah ammi bernikah.  Jadi tengahari tu berumah tangga je kat rumah kakak ipar.