Hari berlangsungnya majlis persandingan anak buah ammi di rumah keluarga (14.05.2023) ikut plan asal, kami sekeluarga tak hadir. Sebabnya adalah...kebetulan haritu jugaklah sekolah Khilfi bagi kebenaran untuk outing buat kali pertama. Outing dari jam 10 pagi ke pukul 5 petang. Bila tau dia boleh outing, setiap jam dia call... dan hari Sabtu tu memang serius setiap jam dia call tanya datang ke tidak. Sampaikan asal je phone ammi berbunyi, sedara mara semua dah tau..."haaaaa si Pipi la tu yang call". Ahaksss. Ammi dah rasa nak campak phone pun ada. Dia lupa gamaknya mak dia ni kepala angin boleh tahan jugak.
Family dari Melaka sepatutnya datang hari Sabtu pastu dorang tinggal di homestay, ada yang tinggal di rumah ammi...tapi dijadikan cerita...ada sorang ni terpaksa balik semula malam Sabtu tu sebab ada anak dia yang bekerja. Takut nak tinggalkan anak dara kat rumah... makanya esoknya dia datang semula. Haaaa...kalau dah gitu...silalah amik anak buah korang kat atas bukit di Ayer Keroh tu pastu bawak dia balik Seremban.
Haaa..selamat dijemput budak ni. Nak naik sekolah dia satu hal jam...nak turun satu hal lagi jam. Sian adik ipar ammi ni.
Tema belah keluarga kami... mint green. Jadi segala hijau ada haritu...macam-macam spesis kataklah kiranya ada kat majlis ni. Ahakss
Ammi dah gerak ke Melaka masa ni...tak dapat nak gambar beramai-ramai robohkan pelamin.
Lepas je Zuhur ammi terus tukar baju dan babai semua.....kitorang nak menghantar budak hostel ni semula sambil bawak dia gi memakan kat tempat faveret.
Alang: Mandak, meh sini berdiri kat tengah.
Mandak: Ehhhh dah rupa apa je karang mandak duduk kat tengah. Dah serupa jambatan klcc je nanti...
Ammi pun taktau...ammi yang extra pendek ke (tinggi kita 155cm) atau si alang ni yang tinggi sangat ke...
Sampai Melaka, gi beli mangga locker dia yang patah. Mangga pun boleh patah...hmm. Belikan air kotak (dia nak air teh bunga katanya... "mendamaikan tekak"). Memang taste orang tua dak Khilfi ni. Beli jajan sikit dan moh le makan kat tempat dia nak makan.
Plan asalnya dia yang nak belanja sebab hari ibu...tapi agak-agak kalau makan kat tempat ni berapalah agaknya belanja...takpe nak...biar suami ammi je belanja isteri dia sempena hari ibu.
Ini orang paling gembira dapat makan sushi.
Ini lagilah...dia makan apa pun dia happy.
Sedap korang jeruk halia depan abah tu. Ammi dok makan tu je sampai rasa nak sendawa, nak kentut. Atas bawah berlumba-lumba angin nak keluar.
I want to sit next to Ammi...yelah...sitlah sit. Memang ni mak awak sorang je.
Usai makan, memang berkejar-kejar je masa...marilah hantar dia kesarangnya di atas bukit tu.
Satu jam okay...dari bawah nak ke atas. Tu belum lagi jam masa nak turun. Boleh tak kitorang solat asar pukul 6.45petang? Itu pun solat jelah kat petrol pump dedekat dengan sekolah dia. Kalau lajak lagi macam takut tak sempat je nak solat karang.
Abang dah cakap..nanti tengok abang lambai tau...kita pun tercari-carilah dari dalam kereta. Dengar suara "bye ammi, bye abah"..tapi orangnya tak jumpa.
Pandang betul-betul...ah...disitu anakku yang mendung tu. Masalahnya dari mula dia nampak kereta dia bye...sampai kereta hampir hilang dari pandangan pun dia masih bye. Ammi geram je sebab suruh dia solat asar...tapi bila dah leka "bye bye bye" tak sudah...bila kalanya dia solat asar agaknya.
Begitulah kisahnya. Tiba-tiba rasa macam...ehhhh kenapalah haritu letak sekolah ni jadi pilihan pertama masa apply SBP (Ni semua sebab dia cakap, nak sekolah sama macam maklang, pakcik, pakpis). Ammi tau ammi ikut je gerak hati pilih Sekolah Sains Tuanku Munawir (SASER) yang jaraknya cuma 5 minit dari rumah di Seremban. Tapi nak buat macam mana...nasi sudah menjadi bubur.
7 Comments
sama tinggi la kita ammi..rasa macam dah tinggi kan sebab tu saya selalu pakai heel boleh juga merasa tinggi haha
ReplyDeletedapat outing separuh hari pun dah seronok sangat Khilfi...rindu ammi sangat tu
Nampak happy je dia, mesti serasi dgn sekolah & asramanya tu...
ReplyDeleteSekolah Abang takde outing, tapi PB 2 minggu sekali...
Seronoknya duk hostel. Haii Ammi, Nana kembali 🙆🏻
ReplyDeletealahai..comel jer macam jambatan KLCC...tu kalau guna kereta naik atas jem..turun jem..rasa2 jalan kaki jem juga tak?
ReplyDeletealahai mesti sayu nak berjauhan semula kan. mcm tu la mama rasa setiap kali hantar dia ke asrama. cantik samngat perantin sama cantik sama padan semoga kekal bahagia dunia akhirat
ReplyDeletehehehe mangga pun boleh patah? waduh waduhhh gusti dengan magga ke tu?🤭
ReplyDeleteSA plak 163cm...hehehe...amboi..si bujang tu dah start homesick selalu la tu...
ReplyDelete