Hari Sabtu haritu, bangun pagi lepas Subuh paksa anak-anak untuk tak tidur semula. Kami ada misi nak bersihkan kubur arwah Aca & adik ammi di Makam Haji Said. Masa keluarga along pergi ziarah kubur raya haritu, memang teruk sangat keadaan kubur-kubur di kawasan ni. Tak terbela langsung.
Abang ipar ammi ada bertanya pada pekerja yang ada dipondok...katanya tender mereka "baru" habis. Tapi bila dia kata baru tu hmmmmm macam dah berzaman ko tak buat kerja. Ammi ingat lagi ammi ada buat operasi bersihkan kubur tahun lepas bersama anak-anak. Kecewa juga dengan pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban. Dikhabarkan kawasan perkuburan ni di bawah seliaan pihak Majlis tapi macam hmmmmmm..
Sebelum mula mengerah keringat perut perlu diisi dulu. Setakat ni ammi suka sarapan kat kedai disini. Lokasinya dekat dengan Masjid Jamek Datuk Bandar Rasah. Kalau malam-malam adalah sup flyover yang popular itu.
(Gambar dari google)...alas meja sama cuma kedudukan dah beralih.
Nama tempatnya flyover sebab tengok kat atas tu ada flyover... makan dan bertawakallah ye. Dengan harapan tak ada kereta yang tiba-tiba terbang dari atas.
Ada dua kedai sarapan pagi disini... yang ini yang belah hadapan. Dan satu lagi didalam sikit. Ammi pernah cuba mee kari yang dibelah dalam tu tapi hmmmm tak kena sangat dengan tekak ammi sebab ada rasa manis disitu. Manis yang agak ketara. Tapi kat belakang tu ada lempeng...depan tak ada. Itu namanya "you win some you lose some"..
Ammi masih setia dengan mee kari.
Abah punya mee sup ke mee soto ntah.
Khilfi macam biasa dia jadi rambang mata. Nampak sambal petai dia nak, nampak rendang dia nak, nampak paru dia nak..
Kesukaan ammi. Pendek dan montel je pulut panggang ni.
Ni pun kira dah terang sikit. Mungkin ada waris-waris yang datang bersihkan kubur selepas hari raya haritu.
Kita sambung lagi ye nanti.
6 Comments
Khilfi macam Auntie, tapi selalunya last-last Auntie amik lauk yang selalu Auntie makan jek hahaha...
ReplyDeletebagu aktiviti buat bersama2 macam ni.. sedapnya mee kari. tu
ReplyDeletemee kari nmpk sedappp
ReplyDeletehehehe jauh fikirnya sampai kete bleh terbang...
ReplyDeletesedapnyaaaa mi kariiii👍👍
hahaha smpi ke situ difikirnya
ReplyDeleteArwah nenek, Pak long dan anak buah SA pun dikebumikan kat sini gak..tapi betul la..memang macam x terjaga..oooo ammi selalu makan kat flyover ni ye...last week macam nak try yang kat area dalam tu..tapi tukar haluan ke Bam Bam, sebab jalan terus je sampai ke Bam Bam dah...
ReplyDelete