Agak mencabar nak mendaki dan sampai ke kubur arwah aca. Kalini ammi bawa baldi yang diisi dengan apa je alatan yang ada kat rumah. Parang kontot abah buat lapah daging time korban, parang berkarat, scrapper masa cat rumah itupun ammi angkut.
Ni nampak sebahagian saja. Tapi sedihlah tengok kawasan perkuburan ni. Mungkin juga kuburan yang terbiar ni waris-waris terdekat pun dah tak ada untuk nak bersihkan kubur. Atau waris terdekat tak duduk di Seremban.
Keadaan kubur arwah Aca tahun ni. Tinggi sungguh rumputnya dan keras ok nak cabut. Puaslah dok korek tanah tu dengan segala peralatan yang ammi bawak. Kubur jiran aca pun sama juga tingginya.
Keadaan kubur aca tahun lepas (5.5.2022) selepas kami bersihkan.
Cucu yang tak sempat Aca jumpa. In fact tak ada sorang cucu pun yang sempat berjumpa dengan datuknya ini. Masa arwah aca meninggal, cucu sulung aca & mama masih didalam perut along.
Selesai bersihkan kubur aca kita gerak ke bawah sikit...ke kubur adik perempuan ammi pulak.
Ni kubur arwah adik tahun lepas selepas dibersihkan. Ammi rasa ammi macam nak topup batu penuh2 supaya rumput lambat tumbuh. Boleh pakai ke idea ni?
Settle keluar peluh jantan betina, tudung herot ada aku kesah....marilah ke kubur arwah mama pulak. Kubur arwah mama di kawasan perkuburan lain. Tapi dah alang-alang tu mari jelah.
Al-Fatihah buat insan-insan kesayangan yang terlebih pergi meninggalkan kami. Anak-anak ammi tak pernah jumpa dengan arwah adik perempuan ammi tapi ammi selalu je bercerita tentang arwah Mimi dan macam mana rapatnya arwah dengan ammi.
Semoga anak-anak ammi kelak tak lupa ziarah kubur & doakan abahammi bila kami dah tiada nanti.
11 Comments
al fatihah to both....moga mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....
ReplyDeleteSemoga destinasi terakhir ini lebih baik dari tempat tinggal mereka di dunia dengan adanya doa dari anak yg soleh, Aminnnn YRA.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah bersih kuburan keduanya.
ReplyDeleteInsyaAllah…anak-anak akan ikut buat apa yang mereka nampak.
rumput jenis gitu payah sikit nak di cabut kan kak, penat tapi gembira bila tengok kubur dah cantik elok tanpa rumput kan
ReplyDeleteAl-fatihah untuk yang telah pergi...Ammi, Ok jugak idea letak batu kecik-kecik tu, memang lambat sikit rumput tu nak tumbuh balik, tapi still kadang-kadang kena jugak bersihkan...lagi-lagi yang meliar tumbuh keliling tu memang lajuk je tumbuhnya tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah anak cucu turun bersihkan kubur. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman
ReplyDeletesemoga setiap amalan mereka dan kita di terimaNYa jua, aamiin
ReplyDeleteKubur arwah ayah PH di kampung pun semak, sebab waris jarang dapat pulang ke kampung. Baru skrg pihak masjid buat susunan yg elok utk setiap kubur, ada no dsbnya, di tempat yg lebih senang akses
ReplyDeleteAl fatihah buat kedua ibu ayah dan ahli keluarga kita yg telah kembali kepada-Nya. Didoakan agar arwah mereka semuanya di tempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲
Inilah destinasi yang pasti buat kita semua...tunggu dan sabar ya...moga berakhir dengan iman yang mantap
ReplyDeletealfatihah buat yang telah pergi...kalau tanam pokok bunga yang menjalang macam ros jepun tu, macam mn? mungkin boleh halang rumput2 liar
ReplyDeleteAlfatihah buat semuanya...
ReplyDelete