Bukan masuk kedalam penjara.

Kali terakhir ammi bank in duit anak-anak 11.12.2017.  Perghhhh lama sungguh tak bank in duit raya dorang.  Selalunya tiap-tiap tahun ammi bank in.  Tapi ntah kenapa sejak 2017 tu macam malas sungguh nak masukkan duit.  Ammi ingat lagi Dec 2017 tu, arwah abah pun ikut kitorang gi simpan duit anak-anak.  Abah siap topup RM50 untuk setiap akaun anak-anak.


Masa tu arwah abah kata, dekat Masjid Tanah ada bank anak-anak ko tu.  Kita pergi sana jelah.  Abah nak makan kat Malabar.  Dengar je malabar terus onnzzzz.  3 keping capati terus kitorang pekena dengan kari kambing mantop.

Januari 2018 abah pergi tinggalkan kami.  
Al-Fatihah buat abah mertua kesayangan Mohamad Jamil bin Baba.

*****************************************

So, disebabkan raya tahun ni ammi ada ambil extra day leave...ammi pun ajaklah abah untuk bank in duit anak-anak.  Lagi simpan lagi sendat pulak sampul ni nanti.

Duit raya tahunan anak-anak ammi tak banyak biasanya.  Paling banyak pun dalam RM120.00.  Syukurlah dengan apa yang anak-anak dapat dan semoga yang memberi tu Allah lebihkan rezeki mereka.  Kalau ada extra pun kadang-kadang yang orang bagi masa dorang gi masjid, duit hadiah kat sekolah.  Ammi train anak-anak untuk tak guna duit yang dorang dapat.  Sebab keperluan lain yang dorang nak insyaallah Abah & Ammi mampu sediakan...jadi duit yang dapat2 ni simpanlah untuk masa depan.  Mana tau pendek pulak usia abah & ammi, bolehlah dorang guna duit secoet ni untuk tampung pelajaran.

Jadi bila dah bertahun tak aktif makanya dormantlah sudah akaun mereka dan ammi kena activate kan dulu akaun ni.  Akak yang terima duit tu kata..."lagi 6 bulan kok tak diaktipkan akaun ni maun duduk kek Akaun Wang Tak Dituntut duit anak-anak ni puan".  Ahaksss...don'tlah perli-perli me like that.


Semoga anak-anak terus istiqomah menyimpan dan tak layan nafsu nak membeli itu ini.  Setakat ni Kyra dah mula dah ada soalan "ammi boleh tak kakak nak beli sekian-sekian...tapi kakak pakai duit raya kakak".  Dah remaja katanya...

Dan semoga ammi pun rajinlah gi menyimpan duit anak-anak kat bank...daripada duduk terselit dalam laci tak dapat faedah baiklah masuk bank.  Ada gak faedahnya.