Orang beraya ko berpicnic

Pagi Sabtu (hari raya ke-8) kalau tak silap, tetiba rasa nak berpicnic.  Lepas Subuh lelaju siapkan bekalan dan moh le kita pergi.

Kebetulan hari Jumaat tu memang ammi dah buat begedil sesiap.  Kononnya nak buat soto hari Sabtu..tup-tup malas pulak dan datang pulak seru suruh gi piknik.  Maka marilah.  Nak ajak along ammi, dia sefamily kena kuarantin sebab covid.

Bila cakap kat anak-anak nak pergi piknik takda mananya dorang nak kata taknak...confirm meloncat-loncat happy pastu masing-masing auto rajin.  Sorang cari bakul, sorang cari pinggan...ha kalau selalu ginikan bagus.


Ni jelah yang ada pun...nasi goreng balance nasi semalam, pepagi gigih gentel begedil pastu goreng.  Pastu bawaklah jajan kudap-kudapan sikit.

Cornflakes coklat tu Kyra yang buat... salute jugaklah sebab ammi diusia 15 tak kuasa nak hadap kuih-muih selagi tak kena piat telinga dengan arwah mama.

Alas guna kanvas je sebab masa on the way tu baru perasan lupa masukkan tikar.  Mencari kedai tikar pepagi buta kat PD memang tak jumpalah.  So, kita beli kanvas jelah.


Mujur kedai apek ni bukak...beli 2 meter canvas...settle masalah.

Khilfi:  Ammi, Abang tak sangka ammi cekap berfikir.
Ammi:  Kenapa?
Khilfi:  Yelah ammi selesaikan masalah tikar tu macam petik jari je. 
Ammi:  Mestilah...ammi ni mak.  Allah memang sentiasa bagi ilham kat mak-mak.

ehhhh tiberrrrr.


Air panas beli je kat mesin sebelah tempat kitorang parking ni.  


Dah 2 kali kitorang pergi tempat ni...so far tenang je.  Tak sekelam kabut kat pantai telok kemang tu.  Sini tenang-tenang je.





Begitulah cerita 8 Syawal kami... kita beraya cara kita.

Post a Comment

16 Comments

  1. amboi bestnya picnic tepi pantai, tempat ammi tu pun nampak redup dan sejuk je... memang layan la kan. Gambar last tu pandai si anak dara, betapa kecik mummy nya tu heheheheh dia makin tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang makin meninggi dia ni... adalah beza kitorang ni dalam 12cm

      Delete
  2. mcm x cukup je canvas bentang tu, lenkali beli 4 meter pulak., hehe
    oo tuari wak mcm dgr ada org india lemas 3 beranak besar2 remaja gituu kat PD tuu., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. canvas atau tikar utk org yang kering dan makanan je duduk...yg basah takyah sibuk nak duduk atas tikar. ahakss

      mmg sehari selepas tu lah ammi berpiknik tapi tak taulah pulak kejadian lepas tu kat pantai belah mana

      Delete
  3. bila dah dtg mood tu, semua jadi jer.. kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...selalu macam bila plan tak jadi...bila tak plan pulak yg menjadi

      Delete
  4. Best kan tenguk laut. Orang sibuk beraya kita sibuk piknik. Tema baru ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..berpiknik cari kedamaian..tapi angin laut tu tak mendamaikan sangat pun...bahang anginnya

      Delete
  5. Sekarang ni kalau pegi pantai panas lit wak lat

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk tepi pantai tak perlu kena panas matahari pun dah boleh geseng dah wak

      Delete
  6. Oklah itu berkelah waktu raya. Mesti tidak ramai sangat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga NA...dorang siap bawak khemah, buat BBQ, masak-masak bagai

      Delete
  7. Bestnyaaaa...lama dah x piknik...ni PD area mana ni Ammi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belah tanjung tuan...dekat Pantai Cermin

      Delete
  8. Terrorlah ammi selesaikan masalah tikar tu.. Idea bernas.. boleh sha standby kanvas je nanti.. kikiki..

    ReplyDelete
  9. ok laa tu sekali sekala bersukaria di hari raya dgn berpiknik.. lama betul x ke PD... yg psl sewa khemah tepi pantai tu still ada lg ke?

    ReplyDelete