Ammi ni doklah dapat SMS kat handphone dari Public Bank kata ada outstanding amount padahal rasa macam dah habis je bayar.  Pastu ammi pun gigihlah masa off day hari Jumaat pergi ke PBB kat Seremban mintak check balance.  Adalah balance dalam RM83++ masa tu.  Clerk tu tanya...


Clerk  : Do you want to make the payment now Maam?
Ammi : No, I don't have enough cash right now. I will do online transfer.
Clerk  : Ok sure.

Sure tau katanya....padahal dia memang tau ammi nak check final balance untuk HP loan ni.

Balik rumah try transfer online...eh manjang je kata transaction unsuccessful.  Dah kenapa?


3-4 kali try tak boleh, ammi mintak abah jelah bayar over the counter.  Sekali tak boleh katanya.  Tuan empunya nama kena bayar sendiri dan katanya kalau final payment memang kena bayar kat kaunter.  Helooooooo kenapa tak cakap haritu je yang memang kena bayar kat counter sahaja?  

Kita kerja ok, bukan senang-senang nak hadap nombor, beratur kat bank tu.  Tapi kang kalau tak bayar mau baki RM83 pun mencanak jadi RM100 pulakkan.

Gigihlah ammi ke bank di PJ ni ...tunggu berjanggut kat Hire Purchase Dept ni semata-mata nak dapatkan slip bank in ni.  Dah dapat slip kena turun kat bawah dan ambil nombor sekali lagi untuk buat bayaran.  Setakat nak bayar baki RM87.73 ni 2 jam ok ammi melangut kat bank.


Selesai bayar...alhamdulillah.

Esok paginya, awal pagi abah nak hantar ammi ke Terminal Bus boleh tak si Jennifer ni buat hal?


Ko macam-macam hal ye Jennifer... tak pasal-pasal ammi panggil grab pukul 6 pagi mintak hantarkan ammi ke Terminal Bus.

Kenapa Jennifer?  Kyra memang panggil kereta ni Jennifer sebab no. platnya JNF.  Ahaksss.

Loan dah habis...taknak beli kereta baru?  Kalau aku beli ko nak tolong bayarkan ke?  Ha gitu soalan dari mulut puaka dijawab dengan soalan menyakitkan hati semula.  Sakit pulak hati ko ye tengok aku pakai kereta buruk.  

Sekian.