Alhamdulillah dengan sekali lafaz anak buah ammi Mohd Farizal selamat bergelar suami kepada pasangannya Mardiyana.
Bercinta dari zaman sekolah...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga bersama meredah badai, mengharungi gelora bukan hanya bersama waktu hadirnya pelangi saja ye.
Lepas je solat Jumaat 12.05.2023 kami terus bergerak ke Senawang. Mujur sekarang ammi dah jadi warga Seremban dan biasanya offday di hari Jumaat, jadi bolehlah turut serta. Rasanya ini majlis pernikahan anak buah pertama yang ammi turut hadir. 9 yang terdahulu hanya tengok gambar, tengok video je sebab pilihan tarikh tak kena dengan jadual kerja, ada yang nikah zaman PKP so hanya 4-6 orang je boleh ada dalam kamar kadi. So, sekarang ni in total 10 dah cucu atok yang dah berkahwin. Insyaallah 32 more to go termasuk 3 ketul kesayangan kami. Semoga Allah izinkan Abah & Ammi untuk melihat pernikahan kesemua anak-anak ini.
8 Comments
selamat pengantin baru..and selamat pengantin lama jugak, bukan tua la...hotai ni... he he he
ReplyDeleteammi dah capai target berat yg dikehendaki ek, nampak kecik beno ammi tau, lagilah kalau dduduk sebelah anak dara yang tinggi lampai tu
ReplyDeleteSelamat Pengantin Baru, Farizal dan isteri.
ReplyDeleteSemoga berkekalan sehingga ke Jannah
ReplyDeleteComelnya pengantin perempuan...
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat anak buah Ammi 💞 Tahniah Ammi sekeluarga, menerima menantu baru dalam keluarga besar 😄
ReplyDeletetahniah!!! selamat pengantin baru buat anak buah ammi..
ReplyDeletepengantin tua masih berseri ammi..
ReplyDelete