Hari Sabtu 13.05.2023 majlis berlangsung di sebelah perempuan.  Jarak dari rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan perghhhhh... kalau jalan boleh peluh ketiak, kalau naik kereta tak sempat bagi signal ke 3 dah sampai.  Haaaa gitu.

Tema hari ni nude color.  Ingatkan nak datang tanpa berpakaian ahakssss sebab dah sah-sah warna kulit ammi pun nude ala-ala nutella gitu.  Tapi risau jadi isu viral maka ammi pun pakailah baju raya tahun bila ntah.  Yang pasti masa ni anak-anak pun belum wujud lagi.  Ammi nikah tahun 2004, Kyra lahir 2008.  Ntah di tahun mana ammi guna baju warna brown ni itupun sebab nak matchingkan dengan baju melayu yang abah guna masa nikah tu.  Malas nak membazir.

Tapi pagi tu kitorang pergi bersarapan dulu.  Ammi teringin mee kari, jadi cuba jelah tengok kat area Masjid Jamek Rasah sebab penah gi dinner kat Sup Flyover tu nampak di bahagian depan ada kedai menjual sarapan pagi.  We just try our luck and yes...kedai buka.  Banyak pilihan makanan.  Mee kari, soto, lontong, makanan bergoreng, kuih muih, rendang.  Ada juga kedai sarapan pagi di belah belakang, takpe yang itu kita cuba lain kali.


Ammi ambil mee kari ayam.  Ada mee kari udang besar, kerang.  Sedap mee kari dia..pekat likat sesedap rasa nak mengikut citarasa ammi.  Yang penting tak kedekut taugeh, tak kedekut rencah.

Yang lenlain makanlah bermacam-macam...tapi seketul maknya ni dah dapat mee kari terus lupa anak.

Selesai sarapan marilah balik, bersiap-siap untuk ke majlis bertandang.


Sang anak kecil tak ada langsung baju warna coklat dan sewaktu dengannya rupanya.  


Kyra ada baju kurung kedah mustard...jadilah ala-ala nude disitu.


Baju Melayu nude abahnya dah berlubang-lubang kena rokok.  Duduk jelah dalam almari tunggu giliran abah guna waktu nak gi solat.


Dari kiri cepat jalan.  Ammi didepan sebab apa barang nak jalan ikut jalan jauh, jalan shortcut kan ada.


Bersama Kak Lang yang tak pernah ikut tema.  Pastu tangan mengada-ngada letak kat situ...saja kan lang??


Pengantin perempuan mewarisi kecantikan ibu dia...sweet je ibunya.

Makanan dirumah pengantin perempuan masih sedap...macam-macam pilihan yang ada.  Yang paling berkenan di hati ada penganan cair.  Penganan tu dodol ye gang.

Selesai dirumah pengantin perempuan moh le kita balik.  Malam nanti ada tahlil di rumah kakak ipar ammi.  Kita merewang pulak.  Gambar merewang TIADA.

Selesai memasak, tudung ngan baju pun dah bau ikan masin...pukul 6 lebih ammi dah mandi siap-siap.  Pekat likat sungguh bau ikan masin tu.  Tak pasal-pasal basuh rambut di rumah orang pastu suruh anak buah hair dry kan rambut.  Nak suruh anak sendiri, dia nya dah ngikut MakLangnya berjalan raya.


Lepas tahlil marilah kita makan sambil bergosip adik beradik.


Kalau berjumpa dengan adik ipar ammi ni...ginilah kita.  Begitulah bila kita sebaya, kita pernah jadi rakan sekelas, kita ada anak sebaya.  Macam ehhhh banyaknya nak cerita.


Adik beradik abah.  Susunan dari kanan.  Yang tak ada malam tu no. 7 yang patutnya dibelakang abah & no. 12.  
Dalam gambar ni nampak kakngah (yang baju merah) dah sama sizenya dengan along padahal bajunya yang besar melampau.  Itulah bahayanya bila berkaftan.  


Bila nak bersalin ntahlah bancik ni...lama nau diperap anak dalam perut tu.


3 bujang kecik ni kalau berjumpa dorang buat hal sendiri.  Mak-mak dah tak payah risau dorang makan apa sebab dorang pandai dah nak arrange.  "Awak ambik sup banyak tau, kita ambik air 3, awak ambil nasi letak timun.  Siapa cepat cari tempat makan tau."  Kita mak-mak ni dengar je dari belakang arrangement dorang.  

Sepatutnya dihari persandingan dirumah kak chik ammi sekeluarga tak hadir sebab itulah harinya Khilfi ada 1st outing diasrama.  Dia pulak setiap sejam call, tanya datang ke tak, datang ke tak.  Tapi lain dirancang lain jadinya.