Alhamdulillah 13 sudah usia anak lelaki sulung ammi ni.

Minggu ni tiada pulang bermalam, tiada outing, tiada lawatan.  Bertabahlah ammi.


Gambar sewaktu 2 tahun vs sewaktu 12 tahun 11 bulan.  Ahaksss...
Hilang sudah dagu runcing dia, bertukar sudah warna dia... semoga adab yang ada jangan ditukar.

Ammi pun tak tau macam mana cara nak celebrate birthday dia kalini.  Mungkin kita tunggu jelah dia balik hari Selasa minggu depan nanti kita celebrate.

Tahun lepas ammi letak kat blog sempena birthday abang, ye memang dah tak ada ciuman dan pelukan selamat malam setiap hari dari abang.  Tapi Alhamdulillah abang tak pernah lagi lupa untuk call ammi setiap malam walaupun sekadar bagi salam dan muah-muah dan abang hang up.  Ehhh kenapa ammi sedih bila type ni?  I miss you son.

Abang pernah cakap, yang abang rasa abang anak yang paling ammi tak sayang.  Ketahuilah abang, ammi marah sebab ammi sayang, ammi tegur sebab ammi nak awak betulkan kesalahan.  Kita anak no. 2 memang sentiasa akan ada perasaan yang mak ayah tak sayang dengan kita...I don't blame you for having this kind of feeling.

Happiest birthday to you love.  Bergembiralah dengan kawan-kawan di asrama ye.