Haritu turun je dari bus kat Central Market ammi rasa lapar sangat sampai pedih-pedih kat perut. Ammi kebiasaannya jarang sarapan di awal pagi sebab ammi buat IF, ammi cuma minum segelas nescafe 0 tanpa gula. Tapi pagi tu disebabkan lapar mencucuk yang lain macam...takut pulak kita kalau tetiba kena gastrik ke apa.
Maka ammi pun belilah nasi lemak yang boleh dikatakan top ni. Ammi ni memang bukan penggemar nasi lemak. Tapi selalulah masa kat office lama tu orang rekemen jenama nan satu ni. Kata paling top kat KL...
RM3 sebungkus.
Dan...kenapa ammi rasa tak sedap? Sambal dia macam hmmm tak kenalah dengan tekak ammi. Korang yang pernah makan nasi lemak ni (confirm kenal logo yang ammi dah blurkan tu)...pada korang sedap ke nasi lemak ni? Yelah citarasakan lain-lain...mungkin korang kata sedap tapi ammi yang bukan penggemar ni rasa tak sedap.
Lepas tu ammi rasa macam mahal pulak RM3 untuk size gini, adalah telur 1/2 masa separuh, ada kacang...tapi timun gak ada, ikan bilis gak ada. Gimana???
7 Comments
Pernah makan yang tapau dari kedai ori dia, tapi tahlah rasa dia memang tak boleh nak bagi bintang..pelik kemain sampai beratur orang nak beli...bagi saya overated sangat...
ReplyDeleteMemang mcm tu lah harga nasi lemak sekarang. Huhu.
ReplyDeletemahal la rm 3 mcm ni... kat sekolah anak aku rm 3 siap dpt ayam, kecik la tapi..tapi ok la kan...dr ni.
ReplyDeletebaik tambah lagi rm 3 dpt lauk..eh eh..
Honestly saya rasa ianya overprice.
ReplyDeleteapakah? saleha kah? sebab dana biasa beli kt kedai tu rm2.50 saiz lebih kurang ini tp lengkap segala telur, timun, kacang dan bilis... tahan lama mkn ptg pun sedap lagi.
ReplyDeletePatutnya rm2 shj. Tp di KL mungkin mahal la berbanding dgn Kelantan. Skrg semuanya mahal. Matilanak!
ReplyDeleteBeli kat LRT Pasar Seni tu ke..yg tu x sedap la Ammi..sblom ni sedap..yg braser tu jaga x berapa best..SA lama dh x beli nasi lemak itu..
ReplyDelete