Awal bulan Jun haritu guru kelas Khilfi ada buat request untuk setiap parents yang berkemampuan untuk beli book shelf kecil untuk anak masing-masing. Book shelf tu nanti nak letak di belakang kelas. Jadi korang letaklah apa barang yang nak diletak dalam lemari memasing nanti.
Ammi pun order jelah kat Shopee macam yang cikgu minta tu. Plan asalnya selepas cuti Raya Hajilah baru Khilfi dapat bawak balik ke asrama sebab dah janji dengan dia kitorang tak jumpa dia selepas dari tarikh kita hantar dia awal bulan (5/6/2023) haritu. Tup-tup dia kena sakit mata pulak...maka dapatlah dia bawak balik cepat.
Pagi Ahad tu dia pasanglah sendiri almari ni. Terkial-kial juga. Datang kakak hmmmm baru lancar je. Kakak lagi pandai baca manual dari si Khilfi. Acaner Khilfi???? Dah kahwin sok bini suruh pasang barang awak jangan terkial-kial ye.
Get ready barang-barang yang nak dibawa balik asrama. Jangan ada isu BATHI lagi ye kalini.
Kasut tu kasut kedua dalam tempoh 3 bulan. Yelah baru 3 bulan kan? Dorang mendaftar 27.3.2023 sekarang belum hujung bulan 6 pun. Mana dia letak kasut dia ntah, sudahnya hilang. Perasan hilang pun masa last nak hantar dia balik semula ke asrama selepas cuti sekolah yang seminggu tu. Dah sampai asrama baru perasan tak ada kasut sebab sepanjang dalam kereta dia pakai selipar. Sudahnya keluarlah semula dari sekolah, pergi ke AEON Ayer Keroh...belikan. Ada satu je kedai kasut. Memang terpaksa ke sini je sebab masa tu cuti hujung minggu yang panjang dan sepanjang jalan jam.
Ni ammi suruh je dia letak kasut ni dalam locker pastu spray dengan febreze. Kalau RM6.90 tak pe juga harga kasut tu...yang ammi beli baru ni RM119 harga dia. Yang murah macam beli awal tu dah takde. So, no choice beli jelah.
So, nanti dia akan stack up book shelf yang dibeli tu camni.
Kipas ni awal-awal lagi haritu parents dah kumpul duit untuk beli. Panas wei kelas dia. Bukan kata kelas...Melaka kan memang agak panas ditambah pula dengan cuaca sekarang yang panas lagilah double panas.
13 Comments
Alahai, macamana boleh hilang kasut mahal2 tu? Kena tulis nama dalam kasut kot.
ReplyDeleteye tulis luar (kat heel dia tu kan...siap tulis pakai marker warna gold lagi biar nampak...) belah dalam pun sama tulis
DeleteDekat sekolah Abang, koop jual... Wajib beli setiap murid, akan guna sampai habis f5 nanti...
ReplyDeleteharap2 bertahanlah ye locker ni sampai f5 nanti..
Deletebiasalah bujang dan barang hilang tak dapat dipisahkan
ReplyDeletekalau yg mur-mur ok lagi...ni yg mahellll. setakat ni baju, spender semua masih cukup
Deletedia letak mana kasutnya tu kak sampai hilang? payah kan ddk asrama ramai jenis panjang tangan. Kasut baru ye patut la kilat semacam je. Sekolah Aiyan pun aritu mintak derma ikhlas mak pak untuk beli kipas, lagila musim panas ni
ReplyDeletentahlah..katanya bungkus plastik letak kat tempat kumpul barang sebelum keluar asrama. Dia terlupa nak ambil plastik tu agaknya masa nak masukkan barang dalam kereta
Deletebagus nya..mcm loker la kan...
ReplyDeleteaah, cuma macam tak berapa nak kuat je aku tengok
DeleteMy son pun pernah hilang kasut kat sekolah. Biasanya masa kat surau.
ReplyDeleteaida dulu beli almari macam ni tahan.. dah nak masuk 19 tahun guna.. tapi skrg tak tahu lah.. material skrg aida perasan mcm dah tak sama mcm dulu..
ReplyDeleteDah ramai2 tu macam2 kan..baru kasut hilang blom barang lain..jaga barang Khilfi..jangan biar je sepah2
ReplyDelete