Dulu masa adik lelaki ammi jaga Garfield & Poppy, dia biasa "hadiahkan" wetfood di pagi hari sebelum dia pergi kerja. Lepas tu dia letak je kibbles banyak-banyak sementara dia nak balik petang nanti. Bila ammi tak over jaga ammi ni perasan apa hallah pepagi dia dok ngiyau tak henti-henti. Bagi makanan bagi air taknak tapi dok pusing-pusing kat kaki.
Bila tanya adik ammi baru tau rupanya ammi tak "hadiahkan" wetfood rupanya. Cheeehhhh. Gigihlah abah mencari wetfood dan bagi. Tapi koyaklah poket kalau hari-hari layan perangai.
Ammi pun carilah cara nak sediakan wetfood sendiri dan since then, dah takyah nak beli-beli bagai unless memang stok totally habis dan ammi malas.
Aside from ikan, ammi penah buat ayam (campur hati) juga kadang-kadang. Ada yang ammi baca kata elok bagi bayam juga pada kucing, tapi ammi belum cuba lagi. Jadi popeye pulak anak miow ammi ni nanti.
2 Comments
rajin ko.. tapi bagus lagi yg homemade punya
ReplyDeleteJimat skit kan Ammi...nak beli wet food selalu bukan murah...
ReplyDelete