Hari Jumaat ke Sabtu ntah ammi bukak channel 203 ehhhh tengok next pukul 9 malam ada salah satu cerita faveret ammi dan arwah kawan baik ammi.
Jangan ditanya 203 tu channel apa...dah nama pun anak Indiakan..kita tengoklah cerita Tamil.
Masa sekolah dulu arwah Ina tinggal serumah dengan ammi. Rumah dia jauh, kalau nak datang sekolah tu pepagi pukul 5 dah keluar rumah tapi sampai sekolah tetaplah lepas loceng berbunyi. Nak kena tukar 2 bus. Jadi masa form 2 tu ammi tanyalah dia nak tak duduk je dengan ammi and dia ok. Mintak izin kat arwah mak dia dan alhamdulillah. Makanya duduklah kami serumah. Pergi sekolah sesama, balik sekolah siap gi kerja part time lagi. Dia kerja kat A&W ammi kerja dengan arwah mama ammi. Balik malam buatlah homework, kalau tak pun tau-tau melopong je memasing tidur kepenatan.
Hari Sabtu biasanya hari kitorang menonton Tamil movie kat TV2. Antara cerita paling faveret kitorang of courselah Padayappa (sampai dah naik hafal dialog)...bukan ammi je hafal dialog, tapi kawan yang tak ada keturunan India ni pun tetiba pandai. Pastu pasang volume macam orang lain pekak. Aduhai.
6 Comments
Chanel 201,202 n 203 memang feveret kitorang ammi 😂. Sampai kan Ahnaff cakap, mami dengan abah ni tak sudah² citer tamil hahaha.
ReplyDeleteAlfatihah untuk kawan baik ammi 😔
Allahu.. bergenang air mata kita, Ammi.
ReplyDeleteSemoga roh Julianawati Johar Ariffin ditempatkan di kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh.. Amiiinnn.
Al-Fatihah. Sedih baca.
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk kawan baik Ammi...
ReplyDeleteAl-fatihah untuk arwah Ina. Memang KLMJ sungguh ni ammi... dlu kalau ceta tamil minat sangat kalau sri devi yg berlakon
ReplyDeleteAlfatihah buat Julianawati binti Johar Ariffin semoga tenang di sana
ReplyDelete