Ammi ambil SPM tahun 1996.  Masa second last paper tu dapatlah tau kat Seremban Parade (sekarang Seremban Prima) ada buat pengambilan pekerja untuk salah satu restoran yang akan dibuka bulan Disember 1996.  Mall ni pun baru je dibuka masa ni.  


Orang suruh balik awal, study last paper, ko gigih pergi interview wahai Sharmila.  Apa paper last tu pun ammi tak ingat dah.

Dah kata restoran baru nak dibuka makanya memang ramailah pekerja yang dia nak rekrut dan Alhamdulillah, takyah susah-susah gi mencari kerja di banyak tempat.  Pergi satu tempat dan terus dapat.  Macam biasa, ammi, arwah kawan baik dan Ana tak boleh dipisahkan.  Bertiga-tigalah kami pergi training 2-3 hari sebelum restoran Pizza Hut itu beroperasi sepenuhnya.  Gelabah jugak sebab tak ada senior yang boleh ditanya, semua sama bodoh sebab baru mula bekerja. Dan yang pasti ramai je yang sebaya sebab biasalah budak lepasan SPM cari kerja sebelum nak further studies. Hari pertama nak ambil order pun menggelabah ayam.

Itulah PH pertama di Seremban dan di Negeri Sembilan juga mungkin.  Hingga hari ini PH di dalam Seremban Prima masih di tapak yang sama.  Dulu mall ni agak happening juga, samalah macam Terminal One di tengah bandar tapi sekarang hmmmmmm.. sendu sungguh.

Ada masa ammi pulun kerja dari pagi membawa ke pagi.  Sebab?  Masuk pukul 8 pagi sampai closing pukul 12 malam.  Sah-sah sampai rumah dah pagi.  Bila manager yang buat duty roster tu tanya nak OT ke tak? Laju je angguk... sebab bahagia sangat rasa bila hujung bulan dalam akaun bank ada duit beribu.  Taklah sampai 2 ribu tapi seribu lebih masa umur 17 tahun tu dah besar sangat dah.

Ehhhh best sangat kenangan ni.  Dulu masa break siap tukar-tukar makanan dengan budak restoran sebelah atau belakang.  Sebelah PH ada McD, di belakang ada Kenny Rogers.  Biasanya tukar dengan belakanglah..apa barang tukar pizza dengan burger.  Ahaksss.

Sampai ke bulan 5 je kalau tak silap ammi bekerja sebab pertengahan bulan 5 ammi dah kena enrol masuk U.  Masa nak berpisah ni lagilah sedih sebab kita budak2 lepasan SPM yang bekerja ni dah macam sedara pulak.  Alhamdulillah 70% dari kami masih berhubungan hingga hari ini.