Bila mula cuti sekolah, maka budak asrama ni pun bawaklah baju-baju kotor, cadar, selimut untuk dibasuh.  Best part is...abah jemput dia hari Jumaat tu, kebetulan ammi kena kerja hari Jumaat tu.  Ammi sampai rumah tengok baju dia dah dah dalam machine. Ammi tanya gak kot-kot Kyra yang masukkan dalam machine.  Takkkkk ... rupanya dia sendiri yang masukkan baju dalam machine dan jalankan machine.  Good job son.

Tak sia-sia abah ammi hantar awak duduk asrama...you can now do something on your own.

Esoknya, cadar dan selimut dah kering, ater cuaca panas macam dalam oven.  Jemur pagi dalam pukul 8, tau-tau pukul 10 dah kering uollls... tapi kita biarlah kain tu rangup jap kat luar tu.

Sudah tu bila part melipat tu yang jadi issue.  Dia mintak kakak tolong lipat, kakak kata "do it yourself"...ehhhh belagak ok kakaknya.  Maka dia dengan muka moncong kedepan lipat la jugak.  Ammi bagi instruction sambil melunjur kaki disofa.  Cadar yang jenis fitted ni memang payah sikit nak lipatkan...sebab ada getah kat keliling.  Tapi dengar arahan ammi ni insyaallah menjadi.


Ini dah towards the end dah... dia dah selamat lipat cadar.  Sekarang nak "menyatukan" dengan selimut je.


Ha...kan kemas tu.


Berpeluh-peluh lipat cadar dengan selimut.  Dah siap silalah simpan terus dalam bag yang nak bawa balik ke asrama tu.  Ammi taknak ada isu "barang apa tertinggal hari ini" nanti di hari ammi hantar dia balik ke asrama.

Tengok warna cadar dia ammi auto rasa panas.  Merah menyala sangat warnanya.