Pelik tapi wujud katanya.
Ammi salah sorang daripadanya.
Ammi makan durian...setakat ni belum lagi kalau makan durian banyak timbul masalah panas ke apa...ntahlah. Tak reti nak bezakan perasaan sebelum dan selepas makan durian. Yang ammi tau sebelum makan durian duit banyak, lepas beli dan makan durian wallet abah auto kempis. Ahaksss.
Dan ammi ni takdelah sama macam situasi dalam gambar kat atas ni. Ammi ni makan je lain-lain perkara berasaskan durian. Durian crepe, aiskrim durian, pulut durian, cendol durian, kek durian, kalau ada cekodok durian pun ammi makan kot.
Yang ammi tak makan adalah TEMPOYAK. Ke sebab orang tak panggil dia tempoyak durian...orang tukar nama dia terus daripada durian ke nama lain tanpa kekalkan perkataan durian tu...so tekak ammi pun merajuk? Ahhhh ngengadalah kau Sharmila!! Shuhhh kau jauh-jauh.
6 Comments
sama mcm ko.. aku semua bedal... kecuali tempoyak. tapi kalau patin masak tempoyak tu aku makan..cuma tempoyak or sambal tempoyak...x makan. pelik jugak tu kan..
ReplyDeletePH prefer durian as a durian gak hehe... Kalau durian crepe tu tak boleh makan, terus jadi pening ntah kenapa ntah...yg aiskrim durian tu pun sama. Tapi kalau buah durian sebiji tu bole pulak habiskan seorang je haha...
ReplyDeleteSA makan durian, makan tempoyak..cuma x makan menda lain yg berasaskan durian..bubur durian ke, kek durian ke, Crepe ke SA x makan..
ReplyDeleteakak dr kecik suka makan durian tapi masa umur belasan tahun makan durian byk sgt smp demam. terus tak boleh bau durian sekalipun, tempoyak boleh makan hehehe.. bertahun mcm tu sampai mengandung anak kedua. tak lama lepas tu boleh makan durian sampai skrg. tapi bila dah makin berusia makan buat hilang teringin je
ReplyDeleteSerupalah
ReplyDeletewak makan durian tapi tak pernah nak cuba makan tempoyak.
Biasa buat tempoyak untuk jual aje.
Saya bedal semua.
ReplyDelete