Hari Rabu minggu lepas pepagi Subuh Khilfi dah call dari asrama.  Dia bangun tidur mata tak boleh buka sebab penuh dengan tahi mata.  Memang menjadi-jadi kes sakit mata kat sekolah dia sejak 2 minggu lepas.  Dalam dia berjaga-jaga akhirnya tumpas juga.

Dorm dia dari 18 orang kalau tak silap ammi 13 dah dibenarkan pulang sebab sakit mata.  Dan dia jadi orang yang ke 14 dibenarkan pulang.

Makanya, Abah tunda kerja Abah.  Pepagi lepas sarapan terus shoot ke Melaka dan bawaklah dia ni balik.  


Ewah-ewah...sedap dia pakai cermin mata ammi dia ye.  Jangan calarkan ye.


Dapatlah MC 3 hari sampai ke hari Jumaat.  Bila MC habis hari Jumaat janganlah ibu ayah yang ada anak di asrama mimpi untuk hantar anak hari Ahad...kena hantar hari Jumaat tu juga tapi diberi kelonggaran untuk hantar selepas waktu kerja.  Aterrrr takkan nak cuti pulak mak ayah.  Macam abah yang kerja freelance ni oklah...waktu bila pun.  Mak ayah orang lain yang bekerja dengan orang acanerkan..


Abah belikan dia spek mata hitam kat DIY.  Ngeri agaknya abah nak bagi anak dia pakai cermin mata bini dia.  Kalau rosak, calar tak pasal-pasal kena hadiahkan yang baru.  Pokai abah.


Setiap saat dia berkaca mata hitam... tengah main-main dengan kucing, waktu makan.  Siap cakap, gelap betul abang rasa dunia ni.

Tup-tup pagi Khamis dapat notification kat Telegram sekolah kata semua murid yang dapat MC boleh dihantar kesekolah pada hari Ahad.  Program hari Sabtu dibatalkan.  Murid-murid lain yang masih "survive" diberi pilihan untuk balik atau tinggal di asrama.  Rasa-rasa budak seketul ni happy ke idok??? Haruslah gembira sakan.


Hari ke-2 dah ok sikit warna mata.  Hari mula dia balik tu dah serupa tengok cerita hantu.  Hilang terus mata putih tu...merah pekat likat je semua.


Dan hari Ahad 18.6.2023 selamat seketul anak soleh ni kami hantar semula ke asrama.  

Alhamdulillah, kami berempat yang lain dalam rumah tak dijangkiti.  Risau juga.