Korang mesti pernah tertengok posting seseorang tentang topic ni kan.
Ammi tak taulah sama ada content ni legit atau tak. Sengaja create benda ni untuk dapatkan pandangan nurtizen ke apa. Tapi kalau ini adalah benda yang betul...saya sedih.
Kenapa perlu berkorban sampai begitu sekali untuk "pakwe" ko tu dik?
Memang tengah buat latihan pra-perkahwinan untuk pakwe yang kononnya bakal jadi suami ni untuk jadi biawak hidup ke?
Part bagi sebab takut kena tinggal tu hmmmm kenapa takut dik? Memang "pakwe" tu sorang je ke lelaki dalam dunia ni? Awak takut kena tinggal, apa kata awak je tinggalkan dia dik?
Sekiranya lelaki tu dah jadi suami, itupun bukan kewajipan kita untuk bagi dia duit dik. Tanggungjawab tu ada pada lelaki tu untuk menyediakan keperluan isteri dan keluarga. Kita boleh beri dia duit tapi sekadar untuk meringankan ekonomi keluarga...bukan kau bagi dia selepuk, pastu ko bayar pulak personal loan dia, belanja makan lagi. Baik ko suruh je "pakwe" ko tu gi Thailand sana operate buang anu dia.
Apsal, asyik nak membebel je ammi lately ni. Rasanya next time kalau nampak content gini ammi kena block jelah. Stress mak..ahakss.
Semoga anak perempuan ammi, anak-anak buah perempuan ammi tak BODOH macam ni.
3 Comments
macam nak raih perhatian netizen... tapi kalau betol memang otak kat lutut adik ni
ReplyDeleteDapat boy fren camni huh buat ngabeh boreh jo dik oooiiii. Dari bagi duit kat bf baik bagi kat mak bapak lagi afdal dan berkat rezeki
ReplyDeletex pernah terbaca plak.. tapi kalau betul ada org mcm ni.. eh eh, meh jumpa akak dik, akak ajar ko sikit.. baru pakwe kot.. baik ko dulu yg cepat2 yg tinggalkan dia
ReplyDelete