Tengah nak clearkan gambar dalam phone, ammi macam ehhhh ni gambar makan masa bila ni? Tengok date ohhhhh ni gambar celebrate belated birthday Khilfi rupanya. Birthday dia 23/6 (Jumaat) and dia tak boleh balik or outing jadinya hari Selasa bila boleh bawak balik sempena nak cuti Hari Raya Haji barulah kita celebrate manja-manja je. Gitu jelah pun our birthday celebration biasanya.
We went to AZ Steak House di Bandar Prima Senawang. Selalu nampak tapi tak pernah singgah...so marilah cuba.
Kita celebrate cara kita...yang murah-murah pun ok asalkan makan bersama.
Gambar orang yang diraikan masa hari kejadian tak ada...yang ada gambar yang class teacher dia bagi masa hari birthday dia. Dia kena prank ngan class teacher dia..buat-buat muka garang suruh dia pegi bilik guru. Dia pun cuak...rupanya cikgu nak wish birthday je pun. Ahaksss.
Abah punya Mix Steak - RM29.90
Lamb Grill Pasta - RM18.90.
Ammi punya Sizzling Chicken - RM20.90
Kyra & Khilfi order yang sama Spagethi Bolognese - RM16.90
Dan....inilah orang yang order Lamb Grill Pasta. Dia ni memang suka kambing. Macam orang tua je menu dia. Kadang-kadang kalau kedai tu ada nasi goreng kambing...itu yang dia order. Tengok...air pun air orang tua jugak dia order.
Tanya Khilfi what he wants for his birthday. Jawabnya "abang tak nak apa-apa sebab haritu kasut kulit abang hilang, ammi dah gantikan. Kira itulah hadiah abang".... ohhhhhhh so sweettttt budak ini.
Orang Seremban bolehlah try makan kat sini... not bad food dia. Sedap dan harga pun serious tak mahal.
AZ Steak House
12-G Jalan BPS 3,
Bandar Prima Senawang
70450 Seremban, NS.
2 Comments
selalu lalu tapi x pernah nak singgah plak..dah ko review mcm ni..leh la cuba nanti
ReplyDeleteDah pernah makan kat sini masa first time Tunang SA ngan anak dia datang nak berkenalan ngan parent SA ...ok la..sini makan murah...
ReplyDelete