Ini satu lagi kejadian campak belakang yang berlaku di hari ammi hantar Khilfi balik asrama.
Tak ada niat pun nak marah dia di hari nak hantar dia balik ke asrama, tapi alahaiiii anak oooiii...kenapa buat abah ammi naik darah?
Kisahnya, lepas selesai makan dan solat semua on the way nak ke sekolah dia tu, dia dan Kyra minta singgah di 7 Eleven. Kyra kata dia nak belanja Khilfi sempena birthday dia yang dah lepas. Ammi ni terbayang dia nak hadiahkan "makanan" kat adik dia.
Keluar dari 7e tu...ammi tengok Khilfi hanya pegang sekeping kad. Ammi tanyalah..kakak hadiahkan apa? Terus dia terkulat-kulat nak jawab. Kakak pun tergagap-gagap.
Kakak hadiah Khilfi kad Roblox ni. Bukan RM5 harganya tapi RM50.
Ya Allah, dari elok-elok ammi cakap lemah gemalai terus bertukar tune. Abah dia lagilah angin, sebab beli benda yang ntahlah ada faedahnya ke tidak. Masalahnya lagi 5 minit nak sampai sekolah ko beli benda ni, pastu ko bukan boleh bawak handphone ke sekolah..apa motif membeli?
Turun dari kereta (lepas dia berjumpa cikgu sekolah rendah dia semua), dia naik atas hantar bag semua dan dia turun semula. Masa salam tu dia peluk ammi dan mintak maaf. Ammi suruh dia minta maaf dengan kakak juga sebab tak pasal-pasal kakak pun terjebak kena marah padahal niat dia nak bagi hadiah. Tapi sebab yang minta hadiah tu request hadiah yang boleh mendatangkan marah...tak pasal-pasal kakak pun kena marah.
Kad ni masih dalam simpanan ammi. Belum bergores lagi belakangnya. Kita tengoklah 28.7 nanti masa dia balik bermalam wajib apa keputusan abah. Kalau abah tak setuju, kenalah ammi cari buyer.
Perasaan marah anak masa nak hantar dia ke asrama memang sangat tak syok ok. Nak-nak bila terhad komunikasi.
Balik tu ammi slow talk dengan kakak... niat kakak nak bagi hadiah tu dah baik. Tapi apa yang kakak bagi tu tak berfaedah. Alhamdulillah dia fahamlah.
6 Comments
Sy pun x layan bila anak² mintak beli robux... xde guna pun... dapat 1000 robux lepas tu dia pi beli 1 brg je pastu habis... barang tu pulak dlm game je pun bkn brg betul... eei... geram
ReplyDeletealahai.. anak2 aku pun heboh nak beli kad ni, memang x la kan. nak beli guna duit sendiri pun aku x kasi..
ReplyDeleteOwhh
ReplyDeleteIngatkan roadblock jalan raya
anak nk beli siren harga rm3.99 dalam game carparking pun, ibu bebel 80
ReplyDeletehari baru dpt..hihihi..
kakak pun syg kat adik tu..smpai bg hadiah bernilai rm50
naseb baik husband pun bukan kaki game..kalau dak, mau anak ngikut...
Boleh tahan juga harganya tu. Ammi Abah sabar ye.
ReplyDeleteAllah.. anak-anak ini..
ReplyDeletefaham sangat perasaan marah tu..