Lama dah ammi baca buku ni.  Ammi baca secara online.  Bila check balik draft folder...ek elehhhh dia masih duduk disini rupanya.

Ammi pilih untuk baca buku ni sebab tajuk dia pun dah seremmmm.  Cerita macam ni best sikit nak baca.  Dulu masa agak remaja memang ammi pilih buku cintan cintun tapi selepas menginjak 30 ammi lebih membaca genre yang berat sikit.  Penat nak baca drama nangis, nangis, nangis dan nangis.



Dalam satu novel ni ada 3 cerita rupanya.  Patutlah kat page depan tu ada 3 nama penulis.  Tapi walaupun 3 penulis berbeza jalan ceritanya bersangkut paut.  Hebat!

Kisah 1:  Kala Senja Dia Datang
Azman selalu melarang anaknya keluar ketika senja terutama sekali anak lelaki sulungnya Akil.  Ini semua disebabkan oleh kisah silam dari keturunan Azman tu sendiri.  Dan dari situlah  timbulnya tentang Geuntut (makhluk jelmaan) akibat dari perbuatan syirik Ratna yang merupakan punca bermulanya kisah ini.

Ada persamaan watak di waktu dulu dan sekarang.  Kalau dulu anak-anak kecil di Kampung Surau Tinggi sering diserang Geuntut diwaktu senja dan disebabkan itu rumah-rumah mereka semuanya didirikan di atas pokok jati berakar banir, kini rumah Azman berada ditingkat atas apartment.  Geuntut ni dalam usaha dia nak ambil budak-budak kecil, dia akan serang sesiapa saja yang cuba menghalangnya.  Seram wei ammi baca cerita ni.

Watak dahulu ada Tok Wali Sagor, Mustafa, Teguh, Bunga
Watak kini ada Azman, Akil, Ustaz Jamil

Dan yang ammi rasa seram adalah bila Fatin (yang juga anak Azman) tiba-tiba nyanyi lagu "nenek-nenek sibongkok 3" dari dalam bilik dia.  Kenapa dia nyanyi?  Mesti ada sebabnya.

Azman berusaha untuk pulihkan keluarganya dari sumpahan keturunannya.  Berjayakah?

Kisah 2:  Marina
Marina selalu dibuli sejak dia menjejakkan kaki ke kolej.  Marina ni juga merupakan pelajar kepada Azman (watak di Kisah 1 diatas).  Semuanya berubah selepas dia menjumpai seutas rantai emas dan mengambilnya.  Satu-satunya kawan Marina, Asyikin ada menegah supaya Marina tidak mengambil rantai tu tapi syaitan memang pandai menjalankan kerja.  Sejak dari itu, Marina sering diganggu makhluk halus dan semakin berubah.  Kawan rapatnya turut menjauhi diri namun dia didekati oleh Jamaliah.  Jamaliah je yang sudi berkawan dengan Marina.  

Sebelum Marina dan Asyikin menjauhi di antara satu sama lain, Asyikin ada membawa Marina berubat dengan datuknya.  Dorang selalu naik teksi yang di pandu Majid (watak dalam Kisah 3 nanti).  Marina turut memperkenalkan Jamaliah pada Majid tapi Majid tak dapatm melihat Jamaliah.  Siapa Jamaliah?

Kisah 3:  Penumpang Malam
Majid seorang pemandu teksi separuh masa.  Hanya memandu dari waktu petang ke malam selepas habis kerja hakikinya di kilang.  Teksi tu pun disewa daripada Joned.  Dia selalu je diganggu makhluk halus (berbau lavender) dan seringkali terdapat daun asam dalam teksinya. Pelik dengan kejadian, Majid selidiklah apa yang pernah berlaku dan akhirnya terbongkar kisah kehilangan seorang gadis.

Apa kisah disebalik kehilangan gadis tu dan Joned? Malas ammi nak type kat sini.  Ahakssss...

Pendek kata tak rugi baca buku ni.  Sapa yang beli physical book dan baca lebih best kot.  Ammi baca e-book pun boleh rasa vibes seram dia tu.