Selagi tak 8 July selagi itulah kat Facebook asyik keluar je memory Khilfi "bermalam di hospital" 9 tahun lepas.  Rasanya dekat 6 hari juga ammi jadi penunggu hospital temankan si bujang manja ni dulu.  Masa tu ammi pun tengah sarat sangat pregnantkan si Ozil.  Nak balik bermalas-malasan di rumah biar abah yang jaga di hospital, ammi tak sampai hati.  Tapi bila ammi yang jaga dihospital letih sangat rasanya sebab nak baring tak selesa, mengiring tak selesa, pendek kata segalanya tak selesalah.

Sarat tu takdelah 40 minggu, baru 36 minggu plus-plus.  Tapi keadaan ammi yang tak mengizinkan.  Lain orang lain pembawakan dia, lain keseronokan dia masa mengandung.  

Back to this little man who was only 4 at that time.  Chicky sangat dia masa tu.


Tengah demam yang agak panas tapi boleh bergurau senda dengan Uncle lab yang nak ambil darah.  Dengan mulut macam bertih jagung dia.  


Dan check-in la dia bermula 2 July 2014 hingga 8 July 2014.  Hari pertama chill lagi makan happy-happy, tengok tv, main game, buat puzzle..
 

Hari ke 2-3 dah mula hok hek hok hek sebab tak selesa ada jarum di tangan.  Dia nak berlari-lari tak boleh.  Dia agak aktif juga masa umur 4 tahun ni.  Tak melompat tak sah.


Dengar je bunyi troli nak ambil darah dia dah sebek dah...dah penat agaknya asyik kena ambil darah.  Akhirnya 8 July 2014 dapatlah keizinan untuk discharge.  Penat dah ammi ni nak oooiii.

Yang si ammi pulak...disebabkan ketidakselesaan yang melampau-lampau, sempat jugak ammi masa Khilfi tidur ammi pergi ke bilik doctor yang nak sambut kelahiran (selang beberapa floor je kat atas) ni tanya bila waktu paling awal ammi boleh bersalin.  Ammi gi tanya sebab doctor kata ammi ni memang chances nak bersalin normal tu sangat rendah.  Dan ammi pun memang dah set dalam otak kita czer je dan nak tunggu EDD bulan 8 tu macam huhhhhhh tak sanggup.  

Doctor kata kalau diikutkan 11/7/2014 (dah cun 37minggu dan boleh bersalin).  Ammi pun macam ha oklah 11/7 sebab hari Jumaat masa tu.  Tapi doctor kata bagilah chance sampai Isnin.  Makanya marilah kita pulang dan siapkan apa yang patut.

Alhamdulillah...rasanya selepas usia 4 tahun ni Khilfi dah tak pernah bermalam di hospital lagi.  Semoga terus sihat ye anak soleh ammi.  

Sekarang ni ammi cuma nak monitor sinus dia je.  Ni dia dah masuk asrama lagi payah ammi nak pantau, asal call je mesti sengau suara dia...bila tanya semua ok.  Hmmmm.