Masa memula tengok cerita ni ammi ingat ini drama berepisod.  Dah tengok hampir sejam ammi tengok eh apsal tak masuk new episod..panjangnya episod pertama.  Rupa-rupanya ini filem guys.  Tulah lain kali jangan gelojoh ammi.  

Ini adalah historical filem era dinasti Joseon yang juga dikatakan "based on a true story"

Filem ni mengisahkan tentang puteri terakhir Dinasti Joseon yang bermula sekitar tahun 1925. Selepas bapa Puteri Deok Hye (lakonan Son Ye Jin) diracun kerana enggan menyatukan Joseon dengan Jepun, kehidupan menjadi sangat sukar bagi keluarga diraja. Deok Hye terpaksa berpindah ke Jepun pada usia 13 untuk belajar kerana dia dianggap sebagai ancaman.

Di Jepun, Deok Hye tinggal bersama abangnya yang berkahwin dengan seorang wanita diraja Jepun. Mereka diperhatikan dengan teliti tetapi mujurlah Kim Jang Han lakonan Park Hae il menyusup masuk ke dalam tentera Jepun.  Jang Han ni sebenarnya adalah jodoh yang ayah Deok Hye pilih untuk dikahwinkan dengan Deok Hye tapi malangnya hasrat tak kesampaian apabila puteri ni terpaksa ke Jepun.  Jang Han bekerja untuk abang Deok Hye sambil pada masa yang sama merancang cara untuk membawa Deok Hye dan keluarganya keluar dari buangan.


Cantik sangat dia ni dimata ammi.

Malangnya, rancangan melarikan diri mereka telah digagalkan dan mereka semua ditangkap. Deok Hye dipaksa untuk berkahwin dengan putera Jepun dan mempunyai seorang anak perempuan. Selepas Jepun menyerah kalah pada 1945, Deok Hye cuba pulang ke Korea Selatan bersama anak perempuannya tetapi tidak dibenarkan kembali kerana kebimbangan ketidakstabilan. Deok Hye terus "menceraikan" suaminya. Dua tahun kemudian, anak perempuan mereka membunuh diri. Semua yang berlaku ini terlalu berat untuk Deok Hye sehingga dia akhirnya dimasukkan ke hospital mental.


Sedih ok...nangis meleleh-leleh airmata ammi tengok cerita ni dalam bus masa balik kerja.  Tisu tak ada jadi tudunglah jadi mangsa buat kesat airmata.

Jang Han yang terputus hubungan dengan Deok Hye selepas gagal larikan diri berusaha untuk mencari puteri terakhir nan satu ni.  Dia gunakan power dia sebagai wartawan (selepas mengalami kecacatan teruk sewaktu cubaan melarikan puteri) untuk terus mencari. Dia cuba meyakinkan kerajaan Korea Selatan untuk membenarkan puteri terakhir Joseon kembali. Deok Hye akhirnya kembali ke Korea Selatan pada tahun 1962 (diusia sekitar 50 tahun) dan dia tinggal di Istana terakhir mereka di Korea.  Abangnya pun berjaya pulang ke Korea dan puteri meninggal pada tahun 1989.  

*****************************************


Masa di Jepun inilah pembantu dari Korea mengiringi puteri.  Bok Sun, pembantu yang sangat setia, sangat berani defend puteri.  Part dia dipaksa balik ke Korea dan tinggalkan puteri sorang-sorang kat Jepun tu sangat sedih ok.  Macam mana dia dipukul askar-askar Jepun.  

Masa puteri kembali ke Korea, walaupun dia dalam keadaan yang tak mengizinkan, keliru, dalam ramai-ramai orang yang menunggu kepulangan dia di lapangan terbang, dia paling kenal dengan Bok Sun.  Masa ni lagilah laju air mata ammi.  Punyalah puteri ni sayang dengan pembantu dia.


Terpaling jahat dalam filem ni.  Pembelot yang jahat dari puteri kecik sampai ke tua.  Lempang karang.

Overall...ammi suka filem ni.  Geram, sedih semua ada.