Sekarang ni terlalu banyak iklan di media sosial yang menjual produk untuk nak "membijakkan" anak.  To be honest...i hate this kind of advertisement.  I hate this kind of product.  

Sepanjang 15 tahun ammi mempunyai anak, Alhamdulillah ammi belum terjebak untuk belikan anak-anak supplement "bijak" ni.  Kismis minda, air minda, ubat minda...tengkorak korang betullah.

Maaf andai konten kali ini agak kasar dan keras.  Saya menyampah je.


Pada ammi semua anak dilahirkan bijak kecuali dengan kehendak Allah anak tu ada masalah pembelajaran, masalah tidak cukup sifat dari segi fizikal mahupun mental, ada masalah kesihatan yang lain. Itukan diluar bidang kuasa dan kawalan kita sebagai hamba. 

Jadi, bilamana pasangan tu dikurniakan anak, adalah menjadi tanggungjawab pasangan tu untuk mencorak, mendidik anak mereka.  Kalau kau sejenis pemalas nak ajar anak, sejenis lemparkan je handphone dari mula anak kau pandai meniarap, sejenis tak suruh anak kau buka buku, kau harapkan apa ye?  Harap anak tu pandai dengan sendiri ke?  Kau ingat anak kau nak belajar sifir kat handphone tu?  Memang taklah.

Lepas tu tukang buat produk pulak claim kata ada testimoni dari pengguna kata "lepas makan dua botol supplemen anak dia yang speech delay terus boleh bercakap laju, anak dia yang tak pandai mengeja terus pandai, lepas makan ubat anak dah pandai menghafal sifir"...ehhhh magic nau ubat kau ye.

Siapa yang dah terjebak terpedaya dan rasa produk-produk sebegini ni bagus dan berkesan silalah teruskan.  
Siapa yang belum, sila tak perlu terjebak.  

Yakinlah pada kemampuan diri sendiri untuk mendidik anak.

Arwah mama dan aca dulu pun tak pernahlah duduk depan muka ammi ajar ammi belajar atau buat homework.  Tapi dorang ambil masa untuk tanya "homework dah siap ke", "bila periksa", "tadi belajar apa".  Dan ammi ni bukanlah pelajar cemerlang tapi takdelah sampai jadi pelajar yang tercicir.

Dan itu juga yang ammi buat pada anak-anak.  Ammi pernah cuba "abaikan" je anak-anak waktu dorang periksa separuh tahun.  Dan hasilnya memang kelaut markah periksa dorang sekiranya kita tak pantau.  Abaikan tu bermakna ammi tak paksa pun dorang buat latihan, tak paksa pun dorang belajar.  Ammi perati je apa aktiviti dorang sebelum periksa.  Memang  chill sangat-sangat, berkepak depan TV, main kad UNO, main tepuk-tepuk kad.  

Kata kunci... kitalah mainkan peranan sebagai ibu bapa.  Kitalah kemudi perjalanan anak-anak tu.  Nak pandai ke nak tak pandai ke.

Sekian...penat membebel.