Lain dirancang lain jadinya

Sejak hari Jumaat petang ammi tak berjumpa dengan buah hati since 2004.  Abah dan Ozil ke pantai timur atas urusan keluarga bersama kakak dan adiknya.  

Bila ammi berdua je dengan Kyra makannya pun ala kadar.  Kyra bukan pemakan orangnya.  Semalam buat nasi goreng for lunch...sampai ke malam masih berbaki dan masih ada lagi hingga ke pagi ni.  Tapi muak pulak ammi nak makan nasi goreng untuk breakfast pagi ni selepas makan lauk yang sama untuk lunch dan dinner semalam.  Biarlah nasi tu beristirehat sejuk-sejuk dalam fridge, panas kat luar ni.  Ahakss

Plan asal lepas Subuh nak baring bermalas-malasan.  Yelah kata hujung minggu.  Tapi teringat pulak ada kain yang dah dibasuh dalam machine.  Dah jomlah bangun masukkan kain dalam laundry basket untuk dijemur.  Sampai di porch...eh banyak pulak bulu kucing di luar.  Ada lebih kurang 4 ekor kucing "gelandangan" tumpang berteduh nampaknya.  Bertempiaran lari kucing-kucing tu bila ammi sergah.  Menyapulah dulu.  Mujur tak ada tinggalan yang lain dari kucing.  Kalau ada siap korang ye.  

Selesai menyapu ammi ambil spray serai wangi...cuba jelah spray kot-kot itu boleh buatkan kucing-kucing tu takut nak masuk.  Pastu teringat pulak letak cuka...jom ambik cuba masuk dalam botol dan spray.  Semoga berkesanlah.  


Asalnya ammi buat air dan konon nak cicah dengan biskut ni.  Anak-anak sangat memilih.  Biskut ni tak dilayan langsung.  Cuba kalau biskut krim, biskut peanut butter, tak sempat masuk bekas dah selesai.  Masa ammi kekecik inilah biskut kami adik beradik buat sarapan tau.  

Sekali teringat..ammi ada grill ayam semalam.  Ehhhh bangunlah ambil seketul ubi kentang, rebus sekejap, dan jadilah gini.


By the time siap salad semangkuk besar...air pun dah sejuk membeku.  Dan disebabkan air dah sejuk...ko duduk jelah diam-diam kat situ biskut.  Lain kali jelah ammi selesaikan awak.

Post a Comment

10 Comments

  1. biskut di anak tirikan... sian....

    ReplyDelete
  2. Salad kentang…saya pun kadang buat ni banyak sikit, simpan fridge. Senang buat makan bila2 pun, kenyang.

    ReplyDelete
  3. Bebudak sekarang mananya mau menegur cream crackers ni

    ReplyDelete
  4. Kalau dok dgn org x pemakan mmg mkn apa yg ada je la kan ammi... hehehe... masak beria nnt xde geng mkn x syok jugak

    ReplyDelete
  5. Sha selalu jadi macam ini.. Bancuh air.. Lepas tu leka buat kerja, bila nak minum air da sejuk.. kikiki..

    ReplyDelete
  6. mak-mak macam tu la ammi..hari cuti duduk rumah pantang tengok semua nak buat sampai terlupa perancangan awalnya...huhu

    ReplyDelete
  7. Hahahaha.. jadi lain macam ni tak apa, Ammi.. hihihi.

    ReplyDelete
  8. Hmmm..kucing sekarang dah pandai Ammi. Saya buat macam-macam depan rumah tu taknak kucing datang. Tapi tak sudah sudah datang melepak dan melepas. Sabo je lah. Serai wangi ke, cuka ke, serbuk cili ke, cat repellent ke..tak jalan jugak. Poning kepala den.

    Ini melencong jauh sangat Ammi. Kesian biskut tak bersalah.

    ReplyDelete
  9. ha ha ha..sok2 leh makan biskut tu plak

    ReplyDelete