Last Sunday ada lawatan di hostel abang untuk boys. Perempuan dapat turn outing walaupun minggu sebelumnya dapat peluang pulang bermalam sebab masalah air kat asrama.
Ikutkan perancangan awal masa hantar Khilfi awal bulan haritu, hari Jumaat (28.7.2023) baru kita akan jumpa semula. Dah nama pun rancangan manusia, maka segalanya boleh berubah. Hari Sabtu Khilfi call, dia kata "esok ada lawatan, ammi ada nak datang ke tapi kalau tak datang tak apa. Kalau ammi datang bawakkan rubic cube Alip". Wahhhh laju betul dia tanya, dia jawab terus. Cakap dengan abah, and pagi Ahad tu, Abah kata jomlah gi visit dia. Rindulah tu kat seketul yang jauh disana.
Waktu melawat dari pukul 11-4 tapi dekat pukul 1 juga baru kami sampai sebab nak menjemput Kyra dari sukan sekolah, nak membeli makanan untuk si anak teruna.
3 Comments
Sandal pink yang terang tu orang tak amik kot
ReplyDeletejamni nak solve rubiks cube senang je ada tutorial kt youtube.. 😅
ReplyDeleteSampai 2 rubic cube dia? Pro ni!
ReplyDelete