Nampak gayanya MOZAC dan masalah air berpisah tiada.  Dah 2 kali sepanjang Khilfi berada kat sana adalah masalah air.  Budak-budak ni kalau nak mandi kenalah turun ke bangunan alumni di bawah bukit.  Boleh tahan jauh juga dari asrama budak-budak ni.  Sapa yang pernah sampai ke MOZAC taulah kot kedudukan sekolah ni yang di atas bukit.

Jadi memandangkan ada isu air, jadinya hari Jumaat petang cikgu maklumkan yang pelajar Form 1 hingga Form 3 diberi kelonggaran untuk balik bermalam.  Budak Form 1 boleh balik hanya pada Sabtu lepas habis program.  Ammi jadi macam...alahaiiii abahnya ke pantai timur, macam mana anak bujang ammi tu.  Ammi pun puaslah tunggu dia call, dia tak call-call.  Pagi Sabtu barulah dia call.  Lupa ammi ke apa budak ni?

Tanya dia nak balik ke tidak..hmmm of course lah dia nak.  Dia pilih untuk nak call pakcik kesayangan dia Pak Asrul.  Ammi ok kan aje.  Lepas habis berborak dengan dia, ammi pun whatsapp lah biras ammi si Asrul kononnya nak deal..sekali Asrul kata "don't worry Kak Shila..saya dah deal dengan Khilfi.  Pukul 1 saya jemput dia lepas program".  Wowww pantas anak ammi buat kerja.


Ewah bukan main santai lagi duduk ye.  Orang lain elok je bersila.


Yang ditunggu dah sampai...Yang lagi best..dia bawak balik baju korporat untuk pakai balik je.  Baju basahan lain dia tak bawak.  

Sudahnya ammi cakap ngan Asrul, baju pakai baju Mak Nora, seluar pinjam seluar lama Pak Asrul kalau ada, spender takyah.  Biarkan dia melelong-lelong.  Ahaksss


Tu dia tiba-tiba ada 5 orang anak asrul ngan nora...padahal anak betul si kembar berdua ni je.


Sampai rumah Asrul..ha main phone rupanya dia.  Gitulah bila dirumah pakcik yang paling disukai ramai.


Malam siap ikut Pak Asrul main futsal.  Caya tak kalau orang kata macam anak ngan bapak.  Ada iras berdua ni kan?

Esoknya, nak balik semula ke asrama ammi minta Asrul bekalkan dia dengan panadol.  Ramai sangat yang demam lately.  Standby panadol kot-kotlah demam juga ke apa kan.


Sekali...dengan air kotaklah, dengan jajanlah, biskutlah si Asrul ni beli.  


Nak buat niaga ke apa ni?

Terima kasih Asrul & Nora yang tolong jagakan anak ammi sehari.  Yang tolong jemput, tolong hantar  semula...semoga Allah murahkan rezeki korang berdua.

Isu air di sekolah dah dapat diselesaikan semalam lebih kurang jam 5 petang.  Semoga masalah yang sama tak berulang lagi.  Kesian tengok budak-budak perempuan...leceh ooooo orang perempuan nak-nak bila waktu uzur kalau tak ada air ni.  Boleh kemurungan.