Hari Sabtu haritu ntah apa-apa je kitorang ni. Plan asal semua tak jadi.
Pagi hari kami ke Paroi Jaya, tengok dalam tiktok kata ada kedai yang menjual roti canai dan nasi lemak yang "padu" kat situ. Ammi yang bukan peminat nasi lemak pun tetiba rasa nak makan. Marilah mencari ye.
Portion besar...tapi minta maaf, tidak padu di tekak ammi sebab sambal dia manis sangat. Paru sambal tu pun manis juga. Confuse jap...saya berada di negeri mana ni? Kyra yang rasa pun kata manis..ok. No more "jom makan sini" untuk kedai ini.
Selesai makan kami kononnya nak pergi visit biras dan anak buah di hospital...tapi rupa-rupanya jadual lawatan dah bertukar.
Tengahari mengikut plan asal nak masak mihun sup je sebab malam nak makan kat luar sambil tengok busking. Tapi....rancangan bertukar. Beli KFC, bawak ke bilik pesakit di hospital (ini sangat kuang ajau namanya) ahahhaha... lepas tu pergi ke rumah pesakit yang jaraknya cuma 15 minit dari hospital bawa baki KFC dan makan lagi beramai-ramai di sana.
Selesai di sana, balik rumah petang sempat tidur ko lepas Asar. Mana la tak gila kadang-kadang tu suka tidur lepas asar. Ngantuk yang tak boleh dibawa berbincang. Tersedar pukul 6.20 petang...terus ajak si suami pergi main badminton kat taman.
Dapatlah main badminton dengan si kecik ni dalam 30 minit. Ingatkan nak main ngan abahnya...tapi abahnya kata dah alang-alang ke taman baik dia jogging je. Ehhhh berlagak ye.
Nampak kat dahi tu keluar peluh jantan betina
Dah boleh main badminton budak ni...walaupun 10 minit pertama tu ammi merasa servis je. Tak apa semua yang pro bermula dari amatur.
Malam...busking ke mana ammi ke mana ntah. Ammi dengan Kyra macam malas nak keluar jadi makan jelah apa yang ada kat rumah. Abah dengan Alip keluar dengan anak-anak buah dia tengok JDT vs KL City.
Begitulah berakhirnya Sabtu kami.
6 Comments
agaknya peminat sambal manis kot yang cakap padu tu...kalau kita manis bukan sambal namanya kan
ReplyDeleteTakpa la Ammi...kita geng...Saya up sikit la..Naik rumah balik kerja hari Jumaat...Pagi Isnin baru jejak bumi pergi kerja...2 hari bertaoa atas kayangan🤣
ReplyDeleteTapi paru tu nampak macam sedap🤭
Janji Sabtu tu diluangkan dengan keluarga walaupun yang dirancang tak menjadi.
ReplyDeleteSA sabtu lepas, lepas kenduri tu amik adik kat Taman Telawi, then balik rumah..sessi kopek ikan bilis untuk kenduri..awal nau Pak Zain beli ikan bilis..part by part katanya
ReplyDeleteaku memang x kuat pedas, but kalau sambal manis.. fail tu
ReplyDeleteada lori gula eksiden kot kat dapur kedai ni hehehe tu yg sambal jadi manis hehehe
ReplyDelete