Alhamdulillah, Khilfi ni Allah bagi dia gifted hands. Pada ammilah...pada orang lain ammi tak tau. Tangan dia sejenis yang bila dia pegang kat tempat sakit tu kita rasa lega. Bila dia urut lagilah lega.
Dulu sebelum dia masuk asrama, setiap malam dia akan masuk bilik ammi dan picit-picit kaki. Itulah agaknya cara dia bermanja. Tak yah panggil pun takpe...dia sendiri akan masuk dan borak sambil tangan tu picit-picit kaki.
Ni dia dah ke asrama...tak ada dahlah orang yang secara sukarela datang picit kaki. Dalam banyak kerenah dia sebagai anak nombor 2...yang paling banyak kerenah actually, tapi dia lah yang paling banyak buat perkara yang boleh buatkan ammi rindu.
Balik raya haji haritu, ammi tengah tengok tv sambil lunjur kaki gitu, dia datang bawak stokin dan vaseline.
Abang: Dah lama abang tak picit kaki ammi.
Ammi: Ingatkan dah tak suka picit kaki ammi.
Abang: Kat asrama selalu abang terfikir, Alip buat tak apa yang abang ajar.
Ammi: Apa abang ajar kat dia?
Abang: Abang ajar dia cara nak picit, mula kat mana. Dia ada picit ammi ke?
Ammi: Hmmmmmm
Sambil picit sambil berborak. Itulah dia Khilfi...si kaki borak dari kecik sampai ke besar.
"Abang tengah cari syurga ni", katanya.
Ehhhhh melawak pulak ye kamu.
5 Comments
Terharu kan.. kalau tak suruh urut, anak datang urut. Anak saya, kalau urut dia akan kira 1 sampai 100. kaki kiri dan kanan. Pastu dia baru masuk tidur. Hehehe. Apa-apa je la. Janji ada usaha nak legakan kaki maknya.
ReplyDeleteRezeki Ammi tu. Saya pulak dah tak sanggup nak suruh anak urut sebab pernah sekali dia volunteer urut Mamanya terus muntah2, termasuk angin kot.
ReplyDeleteBertuahnya menantu ammi nnt... anak sulung sy iman pun mcm ni kak... tgn panas org kata... kalau adik bapak sy dan mak ngah dia mmg suka giler dia urutkan, saya x boleh sbb rasa mcm kuat sgt... so sy prefer si abang yg picit ibunya ini... kalau bapak sy mmg suk abenar cucu sulungnya mengurut
ReplyDeletePandai dia melawak..jumpa tk syurganyaaaa....
ReplyDeleteSejuk hati ibu mengandung. Syukur ada anak macam Khilfi ni. Sempat dia melawak ye.
ReplyDelete