Masa Khilfi mula masuk darjah 1 dulu sekolah beri pilihan sama ada nak ambil DLP atau belajar di kelas biasa. Itu adalah tahun pertama pelaksanaan DLP disekolah tersebut. Disebabkan ammi nak anak-anak ada pendedahan lebih kepada Bahasa Inggeris jadi ammi pilih untuk masukkan dia di dalam kelas DLP. Masa Kyra tiada pililhan dan tawaran untuk kelas DLP begitu juga dengan Ozil. Jadi hanya Khilfi jelah yang “bertuah”. Bertuah ke malang ntahlah. Dia yang belajar bukan ammi.
Bila mula-mula masuk ke SBP baru-baru ni sekali lagi murid
dan ibu bapa diminta untuk buat pilihan samada berada di dalam kelas DLP ataupun
biasa. Masih ramai rupanya parents yang
tak pernah tau kewujudan DLP. Mungkin
sekolah rendah anak mereka tidak ditawarkan DLP ni. Ramai yang takut kalau anak ambil DLP dorang
tak boleh carry subjects yang diajar dalam Bahasa Inggeris nanti.
Ammi tanya Khilfi samada dia nak teruskan di kelas DLP atau
tidak..dan ternyata dia memilih untuk teruskan.
Trauma masa nak study waktu nak buat ujian PKSK agaknya.
Kalau di sekolah rendah, DLP hanya untuk subjek Math & Sains. Tapi bila diperingkat menengah, subjek di dalam aliran sains contohnya Kimia, Fizik, Bio, Addmath juga diajar dalam bahasa Inggeris.
Apa itu DLP?
DLP bermaksud “Dual Language Programme” iaitu program dwibahasa
yang diperkenalkan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris (MBMMBI). Program ini
memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk mengadakan sesi
pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi serta Reka Bentuk Teknologi (STEM) dalam dua bahasa iaitu Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Tujuan DLP
Secara ringkasnya bertujuan untuk meningkatkan masa
pendedahan murid terhadap Bahasa Inggeris dan untuk membantu penguasaan Bahasa
Inggeris.
Objektif DLP
Untuk meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris
dalam kalangan murid-murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada Bahasa
Inggeris dalam pembelajaran.
Kriteria Sekolah DLP
Mempunyai sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi
Sekolah perlu ada sumber buku teks dwibahasa, bahan rujukan dan alat bantu mengajar yang mencukupi. Perlu juga ada bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi.
Kesediaan pihak sekolah
Pihak Sekolah iaitu Pengetua atau Guru Besar atau guru sedia ada bersedia untuk melaksanakan DLP. Untuk mengajar DLP bagi subjek STEM yang ditawarkan memerlukan guru yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Sokongan dan permintaan ibu bapa
Ibu bapa perlu memberi persetujuan secara bertulis kepada pihak sekolah untuk membolehkan anak mereka mengikuti DLP. Pihak PIBG juga perlu bersetuju dan menyokong pelaksanaan.
Pencapaian sekolah dalam Bahasa Melayu
Pencapaian ini mestilah menyamai atau lebih
baik daripada pencapaian purata GPMP (Gred Purata Mata Pelajaran). Yang ini ammi pun tak pasti berapa peratus minimum yang diperlukan.
*****************************
Jadi kalau ditanya pada ammi, ada beza ke anak yang mengambil DLP dengan yang tidak ambil DLP? Jawapannya pastilah ADA. Khilfi lebih banyak vocabnya tak kiralah dari istilah sains, matematik mahupun pertuturan kalau nak dibandingkan dengan Ozil dan Kyra. Tapi, Kyra dia ada effort dia sendiri untuk menambah vocab dan Kyra ada keyakinan untuk bertutur.
Pada ibu bapa muda yang ada anak nak masuk darjah 1, jangan risau untuk masukkan anak ke kelas DLP. Anak ni ibarat canvas, kitalah yang mencorakkannya. Anak juga ibarat span...dia akan absorb segala yang baik mahupun yang buruk. Jadi kita pilihlah nak dia serap yang mana.
21 Comments
Perkongsian yg benar2 bermanafaat utk ibubapa. Kita pun baru tahu tentang DLP ni dari Ammi. Tq Ammi.
ReplyDeletemasa aku balik ari tu memang aku request utk Ian & Iris DLP ni..sbb mudah diaorg utk belajar tambah2 lagi Iris tu kan... so kurang la beban diaorang . now after 3 years dah balik, alhamdulillah.... makin ok la. its really help plus bagus utk imrpove english diaorang kan
ReplyDeleteammi ada tips tak nak isi permohonan SBP?permohonan dah dibuka tp sy belum isi utk Pia masih mencari maklumat apa yang perlu
ReplyDeleteNext year Ahnaff darjah 1. Tak tau la sekolah dia ada ke tak DLP ni. Kalau ada, memang mami masukkan dalam kelas tu. I think lagi senang kot sebab certain subjek mudah faham dalam BI berbanding BM. Macam subjek2 sains tu kan.
ReplyDeleteCuya tak pasti zaman Cuya belajar ada ke tak DLP ni..
ReplyDeletetapi zaman Cuya adalah zaman dimana semua pembelajaran dalam bahasa Inggeris, jadi pemahaman dalam bahasa inggeris tu lebih baik
bagusnya kak, zaman kita dulu takde kan program gini kak. Ammi pun bercakap gunakan bahasa inggeris dengan anak-anak kan, itu yang mereka pun seronok gunakan BI untuk percakapan harian
ReplyDeleteSekolah anak saya takde pilihan DLP. Kalau ada nak jugak apply sbb dia sekolah lama (swasta) guna Bahasa Inggeris. Tapi hikmahnya dia kena mantapkan BM bila semua subjek dalam BM.
ReplyDeleteSebenarnya kan kalau sekolah menengah aliran sains dlm DLP bila masuk degree di Universiti boleh faham la apa yg lecturer cakap. Kalau masuk kelas BUKAN DLP, akan ada gap sikit sebab anak susah nak faham apa yang lecturer cakap. Bukan sebab anak tak faham Bahasa Inggeris tetapi terma yg digunakan untuk terma 'sains' Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu tu jauh berbeza. Better sek men masuk kelas DLP kalau Sains.
ReplyDeletesetuju...kita alumni ITM...so kita pun tau camna kan
Deletetak pernah tahu pula ada DLP ni. Bagus juga lah kalau student tu mampu carry untuk dwi-bahasa sebab kalau dalam bahasa melayu je tak faham pula term dalam bahasa inggeris.
ReplyDeleteAmmi ada anak dalam 2-2 aliran dan ammi rasa yang DLP ni lebih banyak vocabnya
DeleteKak, kalau anak sekolah rendah bukan DLP, boleh ke masuk sekolah menengah kelas DLP? Sekolah rendah anak sy tak ada kelas DLP.
ReplyDeleteikut sekolah tulah..macam sekolah anak akak ada je murid masuk DLP masa di menengah (itu pun kalau murid tu sendiri yang nak dan rasa mampu).
DeleteSekolah ditempat anak saya takde pilihan DLP, menyedihkan l)
ReplyDeleteAnak saya dlp tahun 1 hingga tahun 6. Di sekolah kebangsaan alhamdulillah bagus. Beliau meneruskan dlp clas tingkatan 1-3 bagus cara Pdp di sekolah. Malangnya apabila ditingkatan 4 pelajar memilih aliran GKT iaitu grafik komunikasi teknikal. Subject yg diambilnya ialah BM, BI, Sejarah, Sains, Matematik, matematik tambahan, fizik, kimia, pendidikan islam dan gkt. Apabila masuk tingkatan 4 pelajar diajar subject sains, matematik, matematik tambahan, fizik dan kimia dalam bahasa melayu. Ianya menjadi satu kejutan kepada para pelajar yg dahulunya mempelajari subject sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Malah buku teks juga dalam bahasa melayu. Pelajar struggle untuk memahaminpembelajaran dalam bahasa melayu bagi subjek tersebut. Untuk pengetahuan anak saya belajar disekolah yg sama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Tiada dlp kelas bagi tingkatan 4&5. Ketirisan ini memberi impak negatif kepada pembelajaran pelajar2 tersebut. Wajar pihak KPM, JPN dan sekolah memandang serius permasalahan ini agar nasib pelajar2 ini terbela. Sepatutnya kelas dlp dikekalkan dan buku teks hendaklah dalam dwi bahasa dan sekiranya didalam kelas tersebut pelajar mengambil aliran yg berbeza seperti stem 1 sains yg perlu belajar biologi, gkt, perniagaan timetable perlu diselaraskan agar mereka boleh mengikuti subjectbtersebut di kelas lain. Ini adalah kerana subject tersebut sahaja yg memerlukan mereka dipisahkan. Manakala bagi subject sains, matematik, matematik tambahan, fizik dan kimia adalah lebih bagus diajar dlm kelas dlp tersebut. PdP hendaklah diteruskan dalam bahasa inggeris. Masalah timbul apabila pelajar yg sudah sinonim dengan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris tetapi apabila di tingkatan 4 di masukkan dlm kelas yg PdP dalam bahasa melayu ianya adalah tidak adil bagi pelajar2 tersebut. Pihak KPM, JPN dan sekolah patut melaksanakan program dlp secara konsisten dan dilakukan pemantauan berkala bukan sekadar melepas batuk ditangga. Saya amat berdukacita kerana telah membenarkan anak
ReplyDeleteSaya mengikuti dlp class yang gagal dilaksanakan sehingga pelajar tingkatan 5. Simpati dengan nasib pelajar dlp class yg bakal menduduki spm
Tahun hadapan. Saya mohon ibu bapa bertanya kepada anak masing2 adakah PdP DLP class subjek sain dan matematik diajar dalam bahasa inggeris. Sentiasa bertanya kepada anak2 kerana yg struggle anak kita juga nanti. Perkara ini telah saya ajukan ke pihak yg berwajib cuma menunggu jawapan dan tindakan sahaja.Saya sengaja menulis panjang tanpa koma kerana ianya kritikan sinis . Sebagaimana lelahnya membaca tanpa tanda henti dan koma begitu juga lelahnya saya melihat anak2 dlp class yg menjadi bahan ujinkaji KPM ini.
aduh, kesiannya anak puan dan rakan-rakan DLPnya yg lain. mmg sepatutnya itulah perjanjiannya masa kita sign in anak-anak ke DLP kan. perlu meneruskan DLP hingga F5.
Deletemasa anak saya yang no. 2 nak sit for PKSK dan UKKM pun dia rasa susah nak belajar math & science dalam melayu sbb dah biasa dengan english terms. Inikan pulak tiba2 perlu restart untuk kimia, fizik, bio. aduhhhh.
puan baru tau tiada DLP untuk F4 baru-baru ini ataupun mmg pihak sekolah ada bagi tau lebih awal?
Ye jam 10 am tadi saya dipanggil ke pejabat sekolah kerana telah mengajukan permasalahan ini turut serta dalam perbincangan wakil dari ppd dan jpn… agak mendukacitakan kerana sikap defensive dari pihak sekolah & jpn. Mereka mengatakan bahawa stem A sahaja dlp class. Stem B iaitu class anak saya gkt bkn dlp class. Subject stem A dan stem B adalah sama kecuali stem A ada subject biology manakala stem B ada subject grafik komunikasi teknikal. Sepatutnya anak saya dan kwn2nya yg memilih stem B dah C itu perlu diberi perhatian kerana pelajar struggle utk mempelajari pembelajaran subject sains, matematik, fizik, kimia dan add math dlm bahasa melayu kerana telah biasa mempelajarinya dlm bahasa inggeris. Ketirisan begini sepatutnya diperbaiki bkn dengan sikap defensive. Masalah ini wujud kerana pihak sekolah kurang guru & guru yg mengajar tidak mampu melakukan PdP dalam bahasa inggeris. Hanya segelintir guru sahaja yg mampu membuat PdP dalam bahasa inggeris. Pihak JPN menyarankan agar anak saya di alihkan ke kelas stem A tetapi adalah tidak adil bagi pelajar yg minatnya terhadap subject gkt berbanding biology. Saya mempersoalkan bkn bagi pihak anak saya sahaja tapi bagi pihak bekas pelajar2 dlp yg lain yg mengalami masalah yg sama seperti anak saya. Apabila melaksanakan program tanpa memikirkan implementation yg menjadi mangsa adalah pelajar. Perjumpaan hari ini lebih memperlihatkan betapa defensivenya pihak berwajib apabila aduan dibuat. Sepatutnya mereka cakna dan mencari solusi yg berkesan agar pelajar2 tersebut tidak ketinggalan dalam subject sains, maths, add maths, fizik dah kimia itu kerana mereka sukar memahami pembelajaran subject2 tersebut dlm bahasa melayu. Bila parent tak buat aduan dikatakan parent tak ambil berat. Bila parent buat aduan ibarat mencurah air di daun keladi. Ini adalah realiti yg perlu diperhalusi lagi kerana program dlp masih byk kekurangannya. Semoga pelajar2 masa hadapan tidak menerima nasib seperti pelajar sekarang hendakNya. Kepada ibu bapa sekiranya ada program baru diwujudkan kita perlu lebih bersikap hati2 kerana kita tak tahu sejauh mana keberkesanannya.Impactnya bkn kepada kita tapi kepada anak2 kita.
ReplyDeletekalau boleh saya tanya, berapa ramai pelajar DLP dalam kelas STEM B anak puan? Kalau kata anak puan sorang, tak boleh ke dia turut serta belajar dalam kelas DLP stem A tapi cuma keluar ke kelas GKT masa subject bio?
Deletetapi patutnya dari awal dah dimaklumkan pada parents dan pelajar yang hanya pure science sahaja belajar DLP. Jadi bolehlah cari solusi awal, ini dah hampir 5 bulan belajar.
harap anak puan cepatlah faham
Apabila saya bangkitkan isu buku teks student yg dahulu dlp class sepatutnya dibekalkan dgn buku dwi bahasa tetapi malangnya mereka diberikan buku teks bahasa melayu utk subject fizik, kimia, matematik, matematik tambahan & sains. Semakin bercelarulah minda pelajar utk memahaminya. Pihak sekolah hanya memberi alasan buku itu sahaja yg pihak sekolah terima kerana saya dimaklumkan apabila pelajar memulangkan buku teks kepada pigak sekolah. Buku teks tersebut akan diserahkan kepada ppd utk di simpan di stor. Saya bertanya then apa solution bagi permasalahan ini? Mereka menyarankan agar membeli buku teks sendiri. Sedangkan saya telah pergi di byk bookshop memang tiada di jual buku teks sekolah dwi bahasa. Yg byk dijual hanyalah buku rujukan. Ketirisan ini sepatutnya tidak boleh dibiarkan kerana pelajar sudahlah terhenti pembelajaran subject sains dan matematik dlm bahasa inggeris sehingga tingkatan 3. Masuk pula tingkatan 4 disajikan dengan buku teks fizik, kimia, add maths, maths dan sains yg dalam bahasa melayu. Ini menambahkan lagi beban utk pelajar memahami pelajaran tersebut.. Saya minta pihak berwajib menyediakan buku teks buat pelajar2 tersebut agar mereka mudah memahami. Ramai guru merungut pelajar dlp lemah dlm penguasaan bahasa melayu… ini adalah salah satu impak dari program dlp class tersebut dan pihak KPM perlumemandang serius isu ini.
ReplyDeletememang pernah wujud ke buku teks dwi bahasa?
DeletePelajar dlp yg berada dalam stem B adalah 6 orang dan mereka menghadapi masalah yg sama seperti anak saya. Dan pelajar dlp yg berada di stem C juga menghadapi masalah yang sama. Atas sebab tersebutlah saya tampil memohon pihak KPM menberi pencerahan terhadap isu ini dan apakah solusi diperlu dibuat bagi membantu pelajar2 ini… Seharusnya apabila berlaku situasi begini tindakan segera perlu diambil bagi mengatasi ketirisan ini… saya di maklumkan bahawa pihak jpn memang ada membekalkan buku teks dwi bahasa tetapi hanya kepada class stem A yg didakwa dlp class tetapi mengetepikan pelajar yg dari asalnya adalah pelajar dlp class yg sepatutnya turut dibekalkan buku teks dwi bahasa kerana pelajar2 ini baru mempelajari subject sains dan matematik dalam bahasa melayu. Saya merasakan dlp class indah kabar dari rupa. Program dlp diwujudkan oleh pihak kpm tetapi apabila berlaku masalah begini masih bersikap defensive. Apabila pelajar gagal menjawap soalan kerana tidak faham pengajaran dalam bahasa melayu bagi subject sains,matematik, fizik, kimia dan add maths pelajar dipersalahkan, sedangkan pelajar2 tersebut lebih mudah memahami pengajaran subject tersebut dalam bahasa inggeris. Kpm seharusnya perlu memperkasakan guru2 bagi subject2 tersebut di masa akan dtg, agar tiada masalah berbangkit begini.
ReplyDelete